• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Ditahan Seludup Wanita Thailand Jadi Hamba Seks

oleh Ahmad Albab
05/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bangkok – Polis Thailand semalam menahan lima orang yang disyaki menyeludup wanita negara itu untuk dijadikan hamba seks di China.

Kelima-lima suspek itu juga dipercayai anggota sindiket yang terbabit dalam penyeludupan wanita ke Malaysia dan Singapura.

Penangkapan itu dibuat seminggu selepas Amerika Syarikat mengekalkan Thailand dalam senarai pusat penyeludupan manusia terburuk dunia.

Pihak berkuasa China dan Thailand bekerjsama dalam kes terbaru itu selepas seorang wanita berjaya melarikan diri dari pusat pelacuran di Chongqing di China, kata Ketua Polis Thai, Somyot Pumpanmuang.

Dalam keterangannya kepada polis di China, wanita itu berkata, dia dan tiga yang lain dipaksa menjual tubuh mereka.

Mereka dibawa ke China selepas menerima tawaran untuk bekerja sebagai pelayan restoran.

Menurut Somyot, pihaknya menangkap empat wanita dan seorang lelaki serta mengeluarkan waran tangkap ke atas empat suspek lain.

Pihak berkuasa China menahan pula dua warganya yang disyaki terbabit dalam sindiket itu.

Polis Thailand mengesyaki lebih 20 wanita diseludup sindiket berkenaan.

Bulan lalu, pihak berkuasa negara itu mendakwa 72 orang, termasuk 15 kakitangan kerajaan kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan manusia selepas polis melancarkan siasatan besar-besaran terhadap jenayah berkenaan. – Agensi/myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=V27VHdA5cGs

 

Tags: pelacuranThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd