• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Anggota Kumpulan Tandop Curi Motosikal Diberkas Polis

oleh Ahmad Albab
10/08/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Empat anggota kumpulan ‘Tandop’ yang disyaki terbabit dalam 10 kes kecurian motosikal di Kangar dan Arau diberkas oleh pasukan Petugas Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perlis.

Ketua JSJ Perlis, Supritendan Azhar Muda berkata, polis menemukan enam motosikal curi bernilai kira-kira RM36,000 hasil penangkapan mereka bulan lepas.

Menurut Azhar dua suspek pertama dari Arau dan Kangar diberkas pada 15 Julai yang membawa kepada penangkapan dua lagi suspek di Arau pada 27 Julai lepas.

Katanya dua anggota kumpulan itu yang berumur 26 dan 28 tahun adalah penagih dadah, mempunyai rekod jenayah lampau manakala dua lagi berumur 17 dan 21 tahun negatif dadah.

Seorang lagi anggota kumpulan itu yang dipanggil ‘Pon Ayam’ masih bebas, dan sedang diburu oleh polis bagi membantu siasatan, kata Azhar pada sidang media di ibu pejabat kontinjen Perlis di sini, hari ini.

Menurutnya, mereka dikenali sebagai kumpulan Tandop kerana melakukan urusan jual-beli (motosikal dan dadah) di kawasan tandop di Arau dan menjual motosikal tersebut pada harga RM200 hingga RM500 sebuah.

Katanya dua anggota kumpulan itu menggunakan wang hasil jualan motosikal berkenaan untuk membeli dadah manakala motosikal yang tidak dijual digunakan sendiri.

Kumpulan Tandop itu mengaku mencuri 10 buah motosikal pada waktu malam di kediaman mangsa mereka di Arau dan Kangar antara Mei hingga bulan lepas, tambahnya. – BERNAMA

Tags: curi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd