• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

29 Individu Ditahan Berhubung Perhimpunan Haram Di KL

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 29 individu termasuk enam wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram, yang dianjurkan beberapa kumpulan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, kesemua individu terbabit yang ditahan berumur dalam lingkungan 14 hingga 69 tahun.

“Mereka disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, iaitu sesiapa yang menjadi seorang anggota sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, hukumannya boleh dipenjara selama tempoh sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya.

“Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, dan boleh membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata kesemua individu ditahan itu akan dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan polis.

Perhimpunan haram itu, yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, gagal mendapat sambutan setelah ia hanya dihadiri kurang 100 orang peserta berbaju hitam. – BERNAMA

https://youtu.be/C9fF4BNp5Xg

Tags: perhimpunan haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perhimpunan Haram ‘Black Democracy’ Tiada Sambutan

30/06/2021
0

IPOH - Semua kawasan yang menjadi sasaran utama lokasi perhimpunan haram 'Black Democracy' sekitar negeri ini, hari ini, khususnya membabitkan...

Himpunan Haram Depan Sogo Cetus Kekecohan

01/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Perhimpunan haram yang dianjurkan Jawatankuasa Demonstrasi 1 Mac di pusat beli-belah Sogo di sini mencetuskan sedikit kekecohan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd