• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Terbunuh Dalam Kejadian Tembakan Di Sao Paulo

oleh Ahmad Albab
15/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAO PAULO – Lapan belas orang terbunuh dan tujuh disahkan cedera dalam kejadian tembakan di bandar raya terbesar Brazil ini, pada Khamis.

“Ini adalah kejadian pembunuhan terbesar di negara itu tahun ini,” kata Ketua Jabatan Keselamatan Sao Paulo, Alexandre de Moraes, pada Jumaat, mengesahkan angka kematian.

Laporan media sebelum ini menyebut 19 yang terbunuh dan mendakwa tembakan itu dilakukan kumpulan samseng polis.

Insiden tembakan itu sungguh mengejutkan walaupun kejadian keganasan bukanlah sesuatu yang asing di negara itu.

Ini kerana serangan ganas dibuat dengan terbuka dengan ada mangsa yang ditembak ketika sedang minum di bar.

Stesen televisyen Globo menyiarkan video rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan satu daripada serangan berkenaan sekumpulan lelaki bertopeng masuk ke bar, mengarahkan orang ramai angkat tangan dan kemudian menembak mereka.

Akhbar Folha de Sao Paulo pula dalam laporannya dengan memetik saksi yang berkata, penyerang menahan sasaran mereka dan bertanyakan rekod jenayah sebelum menembak.

Dalam pada itu, seorang pegawai polis dilaporkan berkata, siri pembunuhan itu adalah sesuatu yang ‘luar biasa’.

Insiden tembakan itu berlaku di kawasan Osasco dan Barueri dan berlangsung dalam tempoh dua jam.

Datuk Bandar Osasco, Jorge Lapas, berkata rakaman video menyokong teori bahawa pembunuhan itu mungkin ada kaitan dengan tindakan balas dendam terhadap kematian seorang pegawai polis sebelum itu. – AFP/BH ONLINE

 

https://www.youtube.com/watch?v=9Ph-J9qQbRY

Tags: Brazilkes tembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd