• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Tahun Tak Keluar Rumah, Cuma Harap Pada 5,000 DVD

oleh Ahmad Albab
30/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Sukar untuk dipercayai bagaimana enam beradik ini sanggup hidup di dalam sebuah pangsapuri di New York tanpa keluar dari rumah berkenaan selama 14 tahun.

Ia hanya disebabkan oleh bapa mereka, Oscar yang terlalu mengawal pergerakan anak-anaknya selama ini.

Oscar, yang hanya ada satu kunci rumah percaya kota raya itu telah tercemar serta akan mencemari anak-anaknya, justeru dia bertindak mengurung anak-anaknya, isterinya, Susanne dan anak perempuan sulung mereka.

Susanne yang membesar di Amerika Syarikat bertemu Oscar di Peru. Mereka kemudian berkahwin dan mendapat anak perempuan, Visnu, yang mengalami masalah lembam.

Pasangan itu turut mendapat anak lagi iaitu Bhagavan, 23; diikuti dengan kembar Govinda serta Narayana, 22; Mukunda, 20; Krsna, 17; dan Jagadisa, 16.

Uniknya keluarga tersebut hidup dengan bantuan daripada pihak kerajaan kerana Oscar tidak bekerja. Dia juga sering mabuk dan sering memukul isterinya.

Anak-anaknya juga cuma dibenarkan keluar atau masuk bilik hanya dengan kebenarannya sahaja.

Mereka mendapat pendidikan di rumah dan selebihnya anak-anak Oscar belajar mengenai dunia luar hanya dengan menonton koleksi 5,000 DVD yang disimpannya.

Suatu hari, ketika Oscar keluar membeli barang, salah seorang anaknya, Mukunda, ketika itu berusia 15 tahun kebetulan telah keluar dari rumah itu dan di situ dia melihat dunia luar.

Sekembalinya dia ke rumah, Mugunda memberitahu Oscar bahawa dia mahu melihat dunia luar selepas ini dan tidak mahu lagi dikurung di dalam rumah.

Meskipun berasa terkejut, namun Oscar tahu dia tidak boleh mengawal anak-anaknya lagi.

Cerita kehidupan sebenar mereka kemudiannya telah dijadikan dokumentari The Wolfpack dan keempat-empat anak lelaki Oscar kini berada di Britain untuk mempromosikannya.

Menurut Mukunda, yang kini sudah berusia 20 tahun, berkata, mereka menerima hakikat terpaksa membesar dalam persekitaran berkenaan.

“Tidak guna kami marah kerana apabila dilahirkan dalam persekitaran tersebut, kita tiada pilihan dan terpaksa menerimanya,’’ katanya.

Adik beradik tersebut kini melalui kehidupan masing-masing dengan Jagadisa merupakan peminat rock dan menukar namanya kepada Eddie Reisen Bichler dan Krsna pula kini digelar Glenn.

Bhagavan menjadi seorang penari dan guru yoga manakala Narayana adalah aktivis alam sekitar.

Hanya Govinda yang keluar dari rumah terbabit dan kini bekerja dalam industri perfileman seperti Mukunda.

 

Tags: FILEMremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd