• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

126 Kes Dera Kanak-kanak Di Perak Jan-Jun Lepas

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 126 kes dera kanak- kanak dilaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak bagi tempoh Januari hingga Jun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rusnah Kassim.

Beliau berkata jumlah itu bersamaan dengan 9.6 peratus daripada jumlah kes dera kanak-kanak di seluruh negara.

Sepanjang tahun lalu, jumlah kes dera yang dilaporkan jabatan itu adalah sebanyak 343 kes, katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN-Lubuk Merbau) berhubung jumlah kes penderaan kanak-kanak di Perak sepanjang tahun lalu dan tahun ini, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

“Kerajaan khususnya JKM tidak pernah mengabaikan kes penderaan yang berlaku selain memberi perhatian kepada pelbagai faktor pendorong menyebabkan berlaku kes berkenaan,” katanya.

Rusnah berkata bagi menangani masalah berkenaan, JKM dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri (LPPKN) akan memperbanyakkan program advokasi kepada pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.

Program itu bagi memberi penerangan mengenai peruntukan yang terdapat di dalam Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan kes penderaan dan hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku sekiranya disabitkan, katanya.

“Program ini dibuat dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak (JKK) Daerah dan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Daerah (PPKK) dan agensi kerajaan yang lain melalui Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat Bijak Safe and Protect serta Jawatankuasa Pencegahan Pencegahan Penderaan Kanak-kanak dan Keganasan Rumah Tangga,” katanya.

Katanya semua taska yang berdaftar di bawah JKM juga diwajibkan memasang kamera litar tertutup (CCTV), berkuat kuasa 8 Jun lepas.

Rusnah juga mencadangkan tindakan diambil terhadap pengusaha taska yang tidak berdaftar dengan JKM dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Malah perlu mewajibkan pengasuh Taska menghadiri kursus asas asuhan kanak-kanak yang dijalankan oleh agensi yang diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakKes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd