• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,176 Taska Tak Berdaftar Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
08/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sejumlah 1,176 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di negara ini tidak mendaftarkan perkhidmatan mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun.

Beliau berkata berdasarkan data yang direkodkan kementerian menerusi Operasi Pemutihan Taska sehingga Jun lepas menunjukkan Selangor merupakan negeri paling tinggi jumlah Taska yang tidak berdaftar iaitu sebanyak 578.

Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 125 Taska dan Sarawak pula 74 Taska, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Taska Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Chew berkata pihaknya juga telah menutup sebanyak 39 Taska di seluruh negaraatas beberapa sebab termasuk kes-kes membabitkan kecuaian dan kematian.

Justeru, beliau menggesa pengusaha Taska seluruh negara agar berdaftar dengan JKM bagi mendapatkan lesen sekaligus menjalankan operasi mengikut kriteria ke arah memberi perkhidmatan pengasuhan cemerlang dan selamat.

“Jika tidak berdaftar dikhuatiri pengasuh Taska tidak terlatih, selain terdapat kes-kes membabitkan kecuaian dan kematian kanak-kanak yang dihantar di taska tidak berdaftar, walaupun jumlah itu tidak banyak tetapi kita tidak boleh berkompromi,” katanya.

Chew berkata sehingga Jun lepas, hanya 3,874 Taska berdaftar dengan JKM di seluruh negara, dan di Sabah, sebanyak 206 Taska yang dibuka telah berdaftar.

Ibu bapa juga digesa supaya menghantar anak-anak ke Taska yang berdaftar dan mempamerkan lesen mereka di premis, katanya. – BERNAMA

Tags: taska
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd