• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Selamat Pesawat Tergelincir Di Mukah

oleh Ahmad Albab
27/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Dua juruterbang dan lapan penumpang selamat apabila pesawat Twin Otter MH3553 milik MASwings yang mereka naiki tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Mukah pukul 2.02 petang hari ini.

Pesawat yang terbang dari Miri ke Mukah itu sedang mendarat dan tergelincir ke kawasan berumput di sebelah kiri berikutan permukaan landasan yang licin kerana hujan.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau yang mengesahkan kejadian, berkata tiada kecederaan atau kerosakan pada pesawat dilaporkan berlaku.

“Setakat ini pihak Malaysia Airport Berhad (MAB) Mukah masih menunggu maklum balas daripada MAB Miri untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.11 petang.

Sebuah jentera dengan empat anggota dihantar untuk membuat pemantauan bagi memastikan keadaan tempat kejadian adalah selamat.

Pada 8 Julai lepas, sebuah jet yang membawa Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud bergesel dengan sebuah pesawat MASwings selepas mendarat di Lapangan Terbang Mukah.

Bahagian hadapan pesawat MASwings yang sedang dipakir itu kemek manakala lampu di bahagian sayap kiri jet mengalami kerosakan. – BERNAMA

Tags: pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd