• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Maslan Buat Bajet, Rakyat Guna Minyak RM132 Je Sebulan?

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DARI satu isu bersambung pula dengan isu yang lain, figura bernama Datuk Ahmad Maslan masih mengekalkan rekod sebagai menteri paling banyak diperkatakan. Setuju?

Mengimbas kembali isu semalam, beliau menjadi kritikan ramai setelah didakwa mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertikaikan rungutan masyarakat tentang kenaikan harga minyak sedangkan pada masa sama, masih beratur untuk membeli hidangan KFC.

“Minyak Naik Tapi KFC Ramai Orang”Status FB Ahmad Maslan?

Namun tak lama selepas status di laman sosial Facebook itu diviralkan, Ahmad tampil di medium Twitter menepis kenyataan tersebut ditulisnya. La, fitnah rupanya…

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memberi penerangan mengenai GST, Bajet dan isu-isu semasa anjuran MIC Kebangsaan semalam. - Foto BERNAMA

Baru nak reda isu tersebut, Ahli Parlimen Pontian itu sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak dipersetujui ramai. Nak tahu apa yang Ahmad Maslan cakap?

Dalam satu laporan dari Astro Awani, Ahmad telah membuat anggaran penggunaan minyak oleh sesebuah kenderaan berdasarkan nilai pendapatan individu di Malaysia.

Berdasarkan satu gambar yang disebarkan di media sosial, Ahmad dikatakan membuat bajet penggunaan minyak sebanyak RM132 sebulan bagi pengguna yang bergaji RM3,000 ke bawah sebulan. Manakala bagi yang bergaji RM5,000 ke atas pula, mereka menggunakan RM375 sebulan bagi mengisi tangki minyak.

Rata-rata pengguna yang berkongsi ‘fakta’ tersebut meluahkan amarah dan kritikan terhadap Ahmad Maslan kerana anggaran penggunaan minyak yang dibuatnya dianggap pandangan cetek tanpa asas yang kukuh. Kalau ikut logik akal pun, bajet tersebut boleh disimpulkan sebagai lompong kerana ia hanya bajet untuk kelompok tertentu yang tidak menggunakan kenderaan sebagai pengangkutan utama.

Cuba fikir kalau seseorang hendak pulang ke kampung, melunaskan kerja di luar kawasan ataupun terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas setiap hari. Adakah bajet tersebut tetap relevan untuk diaplikasikan kepada mereka?

Malah, ada segelintir yang menyifatkan retorik tersebut hanya untuk menutup keputusan kerajaan menaikkan harga minyak 1 Julai lalu. Betul ke?

https://twitter.com/syaznieafham/status/616434779697733632

https://twitter.com/fathidanial/status/616183839669399553

Selain itu, menerusi akan Facebook Freddy Au, individu tersebut menulis, “Gila ka apa ni menteri? Sumber mana dia dapat ni, hasil kajian 3.85 dia ka? Makin lebar mulut dia tu nanti, asyik cakap dari fakta yang tidak betul. Saya outstations setiap bulan, penggunaan ron95 sy rm500 – rm700 oh sebulan. Belum lagi orang lain.

“Come on la, fakta mana rm132 ni?”

Tak pasti macam mana Ahmad Maslan membuat kira-kira atau di mana rujukan yang dibuat, namun pastinya, angka tersebut amat jauh dari harga sebenar yang perlu dibayar orang ramai.

Ramai faham niat dia hanya untuk membantu menjernihkan keadaan dan menenangkan keresahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak baru, tapi sayangnya, ia hanya seperti tikus membaiki labu… – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Nama Ahmad Maslan Terus Trending Di Media Sosial

Tags: Ahmad MaslanGSTharga minyakstatus facebook
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPKT Jalankan Pendiddikan Awam Terhadap Dasar Pengasingan Sisa Pepejal

Next Post

MH17: Draf Laporan Rahsia Berkaitan Nahas Siap

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Next Post

MH17: Draf Laporan Rahsia Berkaitan Nahas Siap

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd