• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Draf Laporan Rahsia Berkaitan Nahas Siap

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lembaga Keselamatan Belanda telah menyiapkan draf laporan berhubung pesawat Penerbangan Malaysia (MH17) dengan laporan akhir dijangka siap pada Oktober depan.

Laporan sulit berkenaan dihantar kepada negara-negara yang terlibat dalam siasatan iaitu Malaysia, Ukraine, Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Australia dan Belanda pada 1 Jun.

Negara-negara terbabit diberi tempoh sehingga 1 Ogos ini untuk membuat sebarang komen terhadap draf terbabit.

Satu laporan berkata, draf itu mengandungi punca kemalangan serta sama ada pesawat itu sepatutnya diberikan laluan penerbangan, dan sama ada proses pelepasan maklumat penumpang dikendalikan dengan lebih baik.

Ia juga akan membuat penilaian sama ada penumpang menyedari kemalangan itu – walaupun ia boleh memutuskan bahawa tidak ada maklumat cukup dan pasti.

Draf itu juga mengandungi kesimpulan akhir daripada pasukan siasatan antarabangsa yang bekerja sejak tahun lepas untuk menentukan punca tragedi itu.

Pesawat malang MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine setelah ditembak jatuh di ruang udara negara yang bergolak itu pada 17 Julai lepas.

Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine turut melibatkan 44 warga Malaysia serta Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – mStar Online

Tags: MASMH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd