• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Layan Permohonan Naikkan Tambang LRT, Monorail

oleh Ahmad Albab
26/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar tidak memberi pertimbangan terhadap permohonan Prasarana Malaysia Bhd untuk menaikkan tambang perkhidmatan LRT dan Monorel.

“Jika tambang dinaikkan, ia akan menambah beban golongan bekerja, yang kini sudah pun terbeban oleh kenaikan kos sara hidup,” kata timbalan setiausaha agung MTUC, A. Balasubramaniam kepada Bernama.

Menurut beliau, sekiranya tambang perkhidmatan itu dinaikkan, kempen MTUC untuk menggalakkan pekerja menggunakan tren ke tempat kerja juga akan terjejas.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan pengarah urusan Prasarana Malaysia Bhd, Datuk Azmi Abdul Aziz bahawa syarikat itu akan meminta SPAD menyemak semula tambang trennya berikutan kenaikan kos penyenggaraan dan tarif elektrik.

Balasubramaniam berkata usaha perlu ditingkatkan untuk menggalakkan lebih banyak orang menggunakan pengangkutan awam, terutama di kawasan bandar, bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik dan pencemaran.

Prasarana, anak syarikat milik penuh kerajaan, adalah pengendali perkhidmatan LRT dan Monorel di Kula lumpur serta kawasan sekitarnya, di samping perkhidmatan bas di Lembah Klang, Kuantan dan Pulau Pinang.

Di Lembah Klang sahaja, ia mengendalikan 165 laluan bas yang meliputi 980kawasan perumahan. – BERNAMA

Tags: SPAD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd