• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Di India Sambut Aidilfitri Sabtu Ini

oleh Ahmad Albab
17/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Hujan lebat melanda New Delhi pada lewat petang tidak mematahkan semangat masyarakat Islam yang sibuk membeli-belah pada saat akhir, ketika kira-kira 200 juta umat Islam di India bersedia untuk menyambut Aidilfitri pada Sabtu.

Kawasan membeli-belah yang popular dalam kalangan masyarakat Islam terutama di Bazar Sadar dan Masjid Jama di bandar lama Delhi, penuh sesak dengan ribuan manusia sejak solat Jumaat.

Cuti hujung minggu yang panjang juga menyaksikan warga Delhi pulang ke kampung halaman masing-masing, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di laluan utama dan di stesen kereta api.

Antara yang terawal mengucapkan salam Aidilfitri ialah Naib Presiden India M.Hamid Ansari.

Dengan tulus ikhlas, beliau mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua umat Islam menjelang hari lebaran itu yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mulia ini.

“Perayaan ini menandakan ekspresi tradisi persaudaraan dan persefahaman antara rakyat dan mengukuhkan lagi semangat kasih sayang, amalan bersedekah dan kemurahan hati,” jelas Ansari.

Umat Islam di India adalah ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Pakistan, yang mewakili 15 peratus daripada keseluruhan rakyat negara berkenaan. – BERNAMA

Tags: Aidilfitri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd