• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Edge Mengaku ‘Kencing’ Justo Lepas Dapat Bahan?

oleh
27/07/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Kumpulan Media The Edge pada Jumaat dilaporkan mengaku pernah memperdayakan Andre Xavier Justo yang kini ditahan polis Thailand kerana memeras ugut bekas majikannya.

Perkara itu dilaporkan portal stesen Astro Awani yang memetik laporan disiarkan menerusi portal berita The Malaysian Insider yang merupakan sebahagian daripada platform digital kumpulan media berkenaan.

Laporan tersebut memetik kenyataan daripada Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong dan penerbit, Ho Kay Tat sebagai mengulas laporan berita akhbar Singapura, The Straits Times (ST) pada 24 Julai.

Akhbar berpengaruh terbitan Singapore Press Holding, syarikat milik pemerintah Singapura itu mendedahkan Justo menuduh pihak tertentu dari Malaysia tidak pernah membayar kepadanya selepas mendapat maklumat.

Wawancara dengan Justo itu dibuat di sebuah penjara di ibu kota Thailand, Bangkok berhubung isu melibatkan syarikat pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi.

The Edge mendakwa, wartawan ST pasti mempunyai hubungan ‘kuat’ sehingga diberi akses kepada Justo di penjara, walhal Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang kini berada  di Bangkok, pun tiada akses.

“Kami tertanya-tanya kemungkinan wujudnya pihak tertentu yang berkuasa mengatur Nirrmal Ghosh, wartawan daripada ST menemui Justo supaya beliau boleh melancarkan serangan ke atas kami?” kata mereka berdua lagi.

Justo ujar mereka, jelas adalah lelaki bersifat pemarah dan difahamkan berkelakuan begitu memandangkan pihak The Edge tidak membayar kepadanya apa-apa habuan sebagaimana dikehendaki dan dipersetujui.

“Benar, kami perdayakan Justo tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk dapat bukti bagi dedah bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion,” dalih mereka.

Alasan dikemukakan mereka berdua itu sekali gus mengesahkan apa diperkatakan sebelum ini iaitu, pihak luar dari Malaysia yang dirujuk Justo dan kini terbongkar sebagai The Edge selama ini tidak pernah membayar sesiapa.

“Bagi tuduhan Justo bahawa kami beritahunya untuk ubah dokumen dan objektif kami jatuhkan kerajaan, sesungguhnya jika kami ada niat sedemikian, kami tidak akan beritahu kepada orang baharu pertama kali ditemui.

“Apatah lagi jika tahu dia akan marah kerana kami tidak bayar sebagaimana diingini. Tiada ubah suai kerana kami segera buat digital finger print cakera padat mengandungi lebih 400,000 emel dan dokumen dan melindunginya.

“Apa terkandung dalam cakera yang kami beri kepada pihak Bank Negara Malaysia, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu ini adalah salinan asal yang diserahkan Justo kepada kami.

“Dia berkata tidak buat sebarang ubah suai. Tambahan pula, jejak wang yang kami berjaya kesan dan serahkan kepada penyiasat menunjukkan bagaimana wang 1MDB dipindah ke dalam akaun pelbagai individu,” kata mereka.

Seterusnya mereka berdua mendakwa, akaun tersebut konon ada di beberapa bank-bank global di beberapa negara dengan mudah dan boleh disahkan penyelidik dengan bantuan rakan-rakan mereka di negara ini.

Menariknya, mereka berdua menyifatkan Justo sebagai seorang lelaki yang kecewa tetapi berdalih, ia bukan mengenai Justo, ia mengenai ‘kita’ yang merujuk 1MDB kononnya sebagai skim menipu rakyat Malaysia.

Mereka turut mendakwa, hasil laporan akhbar itu mengakibatkan banyak agensi kerajaan sedang menyiasat 1MDB dan kini sebuah syarikat hampir bankrap konon perlu diselamatkan mengesahkan laporan penerbitan tersebut.

“Kami tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia membantu penyiasat tidak seperti beberapa pihak yang seolah-olah sudah menghilangkan diri,” akhiri mereka menerusi kenyataan itu. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: 1MDBThe EdgeThe Straits Times
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd