• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tart Nanas Sepit Kekal Popular Di Hari Raya

oleh Ahmad Albab
12/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sudah menjadi tradisi, tart nanas adalah antara biskut raya yang banyak dijual di bazar dan pasar raya serta menerima banyak tempahan menjelang Aidilfitri.

Antara tart nanas yang popular ialah Tart Nanas Sepit.

Pengusaha CookiesHauz, Tina Haryani Daud, 37, mendapati walaupun kini pelbagai jenis biskut raya moden di pasaran, Tart Nanas Sepit tetap menjadi pilihan utama pelanggannya.

Biskut yang berintikan nanas di luar dan dohnya dicorak dengan menggunakan penyepit kuih khas menambahkan seri dan keunikan biskut itu.

Setiap tahun, anak kelahiran Johor ini menghasilkan kira-kira 150,000 biji Tart Nanas Sepit sepanjang Ramadan bagi memenuhi permintaan pelanggannya yang terdiri daripada stokis, ejen dan invidividu di sekitar Lembah Klang dan Johor Baharu.

“Bagi mengekalkan kualiti dan rasanya yang asli, Tina hanya menggunakan bahan yang bermutu seperti tepung khas dan mentega gred tinggi untuk membuat biskut tart ini agar tahan lama dan rangup.

“Dalam berniaga kita perlu ikhlas dan berani mengambil risiko. Biarlah keluar modal lebih dan jual pada harga berpatutan agar pelanggan puas hati dan akan datang lagi beli dengan kita,” katanya kepada Bernama.

Selain Tart Nanas Sepit, beliau juga menghasilkan 12 jenis biskut raya yang lain seperti Samperit, Almond London, Bepang Badam dan Tart Blueberry, dalam anggaran 33,000 biji setiap jenis.

Hasil daripada usaha gigihnya, produk Tina Haryati kini mendapat sambutan baik dengan permintaan yang diterima, berterusan dan beliau turut berjaya memasarkannya di Pasaraya TS Mega (Cheras), beberapa kiosk petrol sekitar Bukit Jelutong dan Shah Alam, serta beberapa restoran termasuk Misicafe & Shoppe milik artis 80-an Datin Ramziela Radzillah.

Premis operasi beliau di Taman Keramat AU3 mempunyai empat orang petugas yang membantu setiap hari sehingga lewat malam dalam bulan Ramadan bagi memenuhi pesanan pelanggan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd