KUALA LUMPUR – Umat Islam perlu mensyukuri nikmat berbuka puasa bersama keluarga pada sepanjang Ramadan berbanding anggota keselamatan yang perlu menjaga keamanan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata untuk itu, rakyat tidak harus melupakan anggota keselamatan yang sentiasa berada di barisan hadapan demi menjaga keamanan negara.
“Bersyukur kita dapat berbuka puasa bersama keluarga di bulan Ramadan ini.
“Dalam pada itu, jangan pula kita lupa akan anggota-anggota keselamatan dan perubatan yang perlu bertugas di barisan hadapan.
“Mereka berkorban demi kesejahteraan kita semua,” katanya dalam catatan terkini di laman Facebook beliau malam tadi.
Hari ini, adalah hari ke-14 umat Islam menjalani ibadah puasa. – BERNAMA
https://youtu.be/8sBSMkU6-yM