Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Video: Sambutan Hari Jadi...

KEHIDUPAN 'borjuis' seorang anak muda bergelar Datuk mendapat perhatian meluas dalam kalangan netizen terutama...

51 Vesel Nelayan Laut...

KOTA KINABALU - Sebanyak 51 vesel nelayan laut dalam telah dilesenkan Jabatan Perikanan...

Lebih Baik Menteri Galak...

SANDAKAN – Daripada mengajak orang ramai meminum minyak sawit untuk melonjakkan permintaan dan...

Najib Tuntut Naikkan Tempoh...

DARi FB NAJIB RAZAKPADA 15 Februari 2021, jumlah kes baru Covid negara India...

Sudah Jumpa Keluarga Nelydia, Qi Razali Buat Persiapan Kahwin

PENGACARA dan pelakon Qi Razali telah pun mendedahkan isi hatinya baru-baru ini ingin memperisterikan pelakon, Nelydia Senrose secepat mungkin.

Bagaimanapun, mereka berdua memilih untuk tidak terlalu mendedahkan kisah percintaan sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya sejauh mana kebenaran perancangan berkahwin Qi dan Nelydia.

gambar-pra-perkahwinan-nelydia-senrose-dan-qi-razali

Terbaharu, pengacara Destinasi Bajet ini mengakui keluarganya telah pun bertemu dengan ibu bapa Nelydia dan dia sudah mula melakukan persiapan perkahwinan secara perlahan-lahan.

“Benar seperti yang Nelydia beritahu sebelum ini, selepas ibu bapanya pulang daripada umrah keluarga kami telah pun berbincang antara satu sama lain. Tetapi masih belum ada apa-apa yang pasti kerana perkahwinan bukan perkara main-main.

“Apabila semua sudah ditetapkan, kami berdua tidak akan sembunyikan berita gembira.


“Seperti pasangan lain yang sudah bersedia ke arah gerbang perkahwinan, kami ada pergi ke kedai-kedai emas untuk melihat cincin. Tetapi rasanya, itu bukan satu perkara yang perlu dihebahkan. Semua pasangan bercinta dan berniat mahu kahwin pasti melakukan perkara serupa,” ujar Qi.

Apa pun semoga urusan Qi ingin menyunting Nelydia sebagai suri hidupnya berjalan lancar dan dipermudahkan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Roti Kaya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori