• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan 22 Tauke Kebun Haram Cameron Highlands

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 22 pengusaha kebun sayur secara haram di Cameron Highlands, Pahang ditahan sejak 30 Jun lalu kerana merasuah pihak berkuasa supaya tidak mengambil tindakan ke atas mereka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, mereka yang ditahan itu termasuk seorang warga Bangladesh.

“Suspek terakhir yang merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun pula menyerah diri di Pejabat SPRM Perak di Meru, Ipoh kira-kira pukul 4 petang semalam.

“Dengan penangkapan ini, sehingga kini 22 orang termasuk seorang warganegara Bangladesh telah ditahan oleh SPRM,” katanya dalam satu kenyataan media berhubung perkembangan Ops Sejuk hari ini.

Penahanan terbesar itu susulan laporan disiarkan sebuah akhbar tempatan yang mendedahkan kegiatan penerokaan tanah secara haram di kawasan tersebut semakin berleluasa tanpa kawalan.

Keadaan tersebut mencetuskan kebimbangan penduduk tanah tinggi itu yang pernah mengalami bencana banjir terburuk tahun lalu akibat kegiatan pertanian haram yang teruk sehingga menjejaskan alam sekitar.

Mohd. Shukri berkata, suspek disiasat di bawah seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 kerana memberi suapan kepada penguat kuasa agar tidak mengambil tindakan kerana mengusahakan kebun secara haram.

Kata beliau, SPRM akan meneruskan pemantauan di kawasan Cameron Highlands bagi membanteras jenayah rasuah dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Cameron HighlandsSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd