Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Rahsia RM1 Juta Untuk...

KUALA LUMPUR – Setiap kali menjelangnya bulan ini, debaran warga peneroka Lembaga Kemajuan...

Lelaki Potong Alat Sulit,...

BEIJING - Seorang lelaki dari China yang dikenali sebagai Yong, bertindak nekad memotong...

SPR Akan Siasat Kewujudan...

Kewujudan poster yang memaparkan tulisan 'Melayu bayar lebih GST, GST manfaat kita (orang...

Bantuan Minyak Motosikal Bukan...

KUALA LUMPUR - Dana program minyak percuma untuk penunggang motosikal di dalam kawasan...

Segitiga Di Leher Nora Danish, Simbol Illuminati?

SUKAR untuk membicarakan tentang Illuminati secara tepat kerana memerlukan huraian yang panjang, namun Illuminati biasa dikaitkan dengan satu pertubuhan rahsia yang ditubuhkan sejak tahun 1776 bertujuan mengatur pelbagai peristiwa dunia bagi mewujudkan satu ‘dunia baru’.

Dikatakan, salah satu yang melemahkan agenda besar ini adalah pengaruh Islam jadi pelbagai langkah dibuat untuk melemahkan penganut agama syumul ini di seluruh dunia termasuk melekakan mereka dengan hiburan.

Sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan namun pengaruh Illuminati yang menyusup masuk melalui dunia hiburan di seluruh dunia sudah lama dibincangkan.

Apa yang sukar, pengikut pertubuhan sesat ini dikatakan bergerak secara rahsia dan hanya menerusi simbol-simbol tertentu sahaja mereka dapat dikenali.

Justeru kalau pun terlihat simbol yang mencurigakan hingga membuatkan seseorang itu dikaitkan dengan pertubuhan Illuminati atau mana-mana ajaran sekali pun, sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut masih boleh disanggah apatah lagi di zaman sekarang ramai yang melakukan sesuatu secara membuta tuli tanpa memahami maksud sebenarnya.

simbol-agama

Antara lambang atau logo yang biasa dikaitkan dengan Illuminati adalah mata sebelah dan piramid atau segitiga.

Terbaharu, isu Illuminati dikaitkan dengan pelakon hot Nora Danish yang didapati mempunyai lambang menyerupai segitiga di bahagian lehernya, dipercayai tatu sementara.

iluminati3iluminati2

Pemeriksaan mendapati walaupun peminat sibuk bertanyakan lambang segitiga tersebut, Nora masih mengekalkannya di leher sehingga kelmarin.


nora1

nora2

nora4

Tak dapat dipastikan sama ada lambang tersebut masih kekal di leher kekasih Nedim ini namun difahamkan, Nora menafikan sama sekali ianya ada kena mengena dengan Illuminati.

Nora: Tak Mahu Berkahwin Hanya Untuk Tutup Mulut Orang

iluminati1

Berkemungkinan besar, Nora hanya ‘suka-suka’ sahaja memakai lambang tersebut di lehernya.

Namun sebagai ingatan buat Nora mahupun diri sendiri dan saudara seIslam lain, melakukan sesuatu menyerupai kaum atau penganut agama lain adalah haram hukumnya.. termasuk bertatu walau sementara. Wallahua’lam. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori