Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Nash Cedera Terbabit Kemalangan...

SEREMBAN - Penyanyi legenda tanahair, Datuk Jamaludin Elias, atau lebih dikenali sebagai Nash...

145 Remaja Terlibat Aktiviti...

MACHANG - Seramai 145 remaja bawah umur terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di...

Farah Asyikin Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi Farah Asyikin yang telah pun sah bergelar isteri kepada...

Penyokong Hentam Lukaku

JOSE Mourinho mengakui kecewa dengan corak permainan Romelu Lukaku ketika Manchester United terikat...

Serunding Cara Tradisional Tetap Jadi Pilihan

TUMPAT – Transformasi dalam kaedah masakan serunding tidak menjadi halangan bagi seorang pengusaha di Kampung Laut di sini untuk tetap mengekalkan kaedah tradisional, menggunakan kawah dan kayu api bagi memastikan hasil yang berkualiti, warnanya yang cantik dan rasanya yang lebih sedap.

Rosli Mohd Noor, 52, bekas anggota tentera mempunyai alasan tersendiri untuk terus menggunakan cara masakan tradisional walaupun kaedah itu lebih rumit, iaitu memakan masa sehingga tujuh jam bagi memastikan juadah itu masak sekata.

“Ramai penduduk Kampung Laut menjadi pengusaha serunding tetapi setiap serunding yang dihasilkan mempunyai identiti dan rasa yang berbeza.

“Saya tetap memilih cara tradisional memandangkan rasanya yang lebih sedap dan lebih tahan lama.

Ia diakui kebanyakan pelanggan saya yang membeli serunding di sini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di sini.

Kebanyakan pengusaha serunding di Kampung Laut sudah beralih kepada peralatan moden dan dapur gas untuk menyediakannya.

“Bila kita menggunakan mesin, serunding tidak dikacau dengan sekata.

Tetapi itu semua bergantung kepada pilihan masing-masing,” katanya. Menurut Rosli, serunding yang dihasilkan dengan kaedah tradisional juga tahan lama dan boleh disimpan sehingga lebih setahun.


Beliau yang mengusahakan produk serunding ikan dan daging sejak 10 tahun itu mengakui dengan mengekalkan kaedah tradisional, serundingnya mendapat tempahan dari seluruh negara. Rosli berkata beliau mampu menghasilkan sehingga 600 kilogram serunding setiap bulan dan jumlah itu meningkat berkali ganda setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Bagaimanapun, tahun ini kami tidak dapat menghasilkan serunding seperti biasa kerana hanya memulakan kerja membuat serunding dua minggu sebelum puasa.

“Biasanya kami sudah menyediakan stok untuk raya dua bulan lebih awal tetapi disebabkan banjir pada Disember tahun lepas semua peralatan rosak kerana tempat memasak ditenggelami banjir,” katanya.

Rosli berkata susulan itu, beliau terpaksa membaik pulih tempat memasak dan hanya memulakan perniagaan dua minggu sebelum Ramadan.

“Penghasilan serunding merosot sehingga 60 peratus tahun ini bagi semua pengusaha di sini kerana keseluruhan Kampung Laut ditenggelami banjir,” katanya.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana masih berkesempatan menjana pendapatan sempena Aidilfitri tahun ini walaupun tidak selumayan tahun sebelumnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori