• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebanyak 73 Mayat Mangsa Nahas Hercules Ditemui

oleh Ahmad Albab
01/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Sebanyak 73 mayat mangsa nahas pesawat Hercules milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) yang terhempas di Medan, Sumatera Utara, tengah hari tadi telah ditemui dan dibawa ke Rumah Sakit Adam Malik di Kota Medan.

Menurut siaran berita televisyen Metronews, daripada jumlah itu setakat ini pihak berkuasa mengesahkan terdapat 39 mayat lelaki dan 24 wanita manakala selebihnya masih belum dikenal pasti.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mencari mangsa yang dipercayai masih berada di bawah runtuhan bangunan dan bangkai pesawat.

Sementara itu, Kepala Staf Angkatan Udara (KSAU), Marshal Agus Supriyatna dipetik sebagai berkata, masalah teknikal dipercayai punca pesawat Hercules C-130 itu terhempas di Jalan Jamin Ginting, di Kota Medan.

Katanya, sebelum pesawat itu terhempas, juruterbang pesawat telah menghubungi pangkalan udara dan meminta kebenaran untuk berpatah balik.

“Juruterbang sempat meminta untuk berpatah balik ke pangkalan. Dalam kondisi itu, biasanya ada masalah sama pesawat. Kemungkinan persoalan mesin,” katanya.

Pesawat Hercules A-1310 itu terhempas di Jalan Jamin Ginting, Medan dan merempuh beberapa bangunan rumah kedai dan pusat rawatan tradisional.

Pesawat yang membawa 113 penumpang termasuk 12 anggota tentera itu berlepas dari Pangkalan Udara Soewondo menuju ke Kepulauan Riau sebelum terhempas kira-kira dua minit sebaik berlepas.

Presiden Republik Indonesia Joko Widodo dipetik oleh siaran televisyen sebagai berkata kerajaan telah mengarahkan supaya semua pesawat jenis Hercules diaudit secara keseluruhan bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.

Katanya, buat masa ini keutamaan ialah memberi tumpuan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. – BERNAMA

https://youtu.be/GEVN1JgVFSY

Tags: pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd