• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Berpegang Pada Kebebasan Bersuara, Memberi Pendapat

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – “Ia bukan kerana mereka (petugas The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily)… saya berpegang pada kebebasan bersuara dan memberi berpendapat. Itu sahaja”.

Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak yang juga adik bongsu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian sebagai mengulas posting beliau baru-baru ini dalam akaun media sosial, Instagram mengenai penggantungan permit penerbitan akhbar ‘The Edge Weekly’ dan ‘The Edge Financial Daily’.

“Inilah (pendirian saya) bukan mempertahankan sesiapa… ini adalah prinsip kebebasan media,” katanya.

Bercakap kepada media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini, Nazir berkata, semuanya masih baik dalam keluarganya.

“Saya juga berbual secara peribadi dengan abang saya (Najib) tetapi saya tidak akan berkongsi dengan andalah…,” kata Nazir.

Pada Jumaat, beliau meletakkan logo The Edge pada laman Instagramnya dengan kapsyen, ‘The Edge is a pillar of our business community – big role in keeping us informed, honest and competitive’ (The Edge merupakan tonggak bagi komuniti perniagaan kami – berperanan besar dalam sentiasa memberi maklumat kepada kami secara jujur dan kompetitif’.

Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit penerbitan akhbar ‘The Edge Weekly’ dan ‘The Edge Financial Daily’ selama tiga bulan, mulai 27 Julai. – BERNAMA

Tags: Nazir RazakThe Edge
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nazir Akan Temui SPRM Selesai Isu Dana 1MDB

09/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata, beliau akan bertemu dengan pihak Suruhanjaya Anti Rasuah...

80 Entiti, Individu Penerima Dana 1MDB Dikompaun

07/10/2019
0

PUTRAJAYA - Sebanyak 80 entiti dan individu telah disenaraikan sebagai penerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM420 juta akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd