• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Akan Beri Perkhidmatan Terbaik – Datuk Seri Dr Salleh

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak berikrar untuk memberikan perkhidmatan terbaik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang baharu.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau akan berusaha memastikan dasar-dasar di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.

Salleh berkata beliau akan mengambil pendekatan kerja berpasukan seperti diharapkan Najib agar segala dasar dapat dilaksanakan secara berkesan seterusnya sampai kepada rakyat.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyertai Jemaah Kabinet beliau yang baharu diumumkan.

“Saya juga ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman atas sokongan kepada pelantikan ini.

Insya Allah saya akan memberi perkhidmatan yang terbaik,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini berhubung pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri hari ini.

Salleh berkata sebagai seorang pemimpin politik yang telah diberi amanah oleh pucuk pimpinan, sudah tentu beliau akan mengambil kira semua perkara dalam melaksanakan tugas meskipun berdepan banyak cabaran dalam bidang multimedia yang amat luas serta terkini.

Menurutnya tugas yang dilakukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia sebelum ini amat baik sekali dan mengharapkan semua agensi di bawah kementerian akan memberi kerjasama sepenuhnya sebagai satu pasukan bagi memastikan amanah yang telah diberikan kepada kementerian itu berjalan lancar.

Mengenai cabaran menghadapi persepsi negatif dibangkitkan pihak tertentu untuk menjejaskan imej kerajaan, Salleh berkata,” Ia dapat diatasi kalau kita menerangkan sebaik-baiknya kepada rakyat tentang dasar-dasar kerajaan dan tentang matlamat kerajaan untuk membawa pembaharuan untuk negara kita Malaysia”.

Menurutnya selain bekerja sebagai satu pasukan beliau juga akan menggunakan pendekatan ‘menjelaskan dan berfakta’ agar segala maklumat dan mesej mengenai dasar-dasar kerajaan dapat difahami rakyat secara mudah.

Salleh berkata demokrasi yang kuat adalah demokrasi yang matang dan penjelasan sepenuhnya perlu diberikan kepada rakyat dan akhirnya biarlah rakyat yang akan menjadi kuasa penentu dalam sistem pentadbiran negara. – BERNAMA

Tags: Rombakan Kabinet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan...

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd