• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samsung Akan Membawakan Teknologi Imbas Peratus Lemak

oleh AK-47
22/07/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHAP peratusan lemak di dalam tubuh seseorang individu boleh menujukan tahap kecergasan mereka.

Bagi individu normal jumlah lemak adalah sekitar 25–31% bagi wanita dan 18–24% bagi seorang lelaki.

Di kalangan atlet jumlah lemak badan adalah lebih rendah iaitu 14–20% bagi wanita dan 6–13% bagi lelaki.

Lebih rendah jumlah lemak berbanding berat tubuh, semakin sihatlah anda dari pandangan sains (kecuali anda seorang penghidap anoreksia).

Pengesan nadi kini sudah semakin banyak digunakan pada peranti pintar dan peranti boleh pakai.

Ini membantu penggiat sukan untuk merekodkan rejimen kesihatan mereka.

Tetapi Samsung nampaknya mahu maju setapak lagi dengan meletakkan pengimbas lemak badan pada peranti di masa hadapan.

samsung2
Sebuah paten difailkan oleh mereka dengan pengimbas peratusan lemak badan pada casing peranti pintar.

Pengesan ini akan melihat kadar aliran elektrik pada kulit apabila disentuh.

Dari aliran ini peratusan lemak di dalam tubuh dapat dikira dan anda boleh mengetahui adakah anda normal, obes ataupun menghampiri tahap seorang atlet.

Jelas sekali penggunaan pengimbas peratusan lemak badan ini disasarkan kepada golongan fanatik kesihatan.

Mungkin inilah idea inovasi daripada Samsung yang bakal melangkaui beberapa pesaingnya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Sumber: Venturebeat

Tags: kreatifSamsungTeknologi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Separuh Pekerjaan Di Malaysia Bakal ‘Pupus’

21/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang. Ahli...

Malaysia Bangunkan 2 Teknologi Kesan Virus Covid-19

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia sedang membangunkan dua teknologi menerusi universiti tempatan yang dibiayai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd