• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Hari Pahlawan 2015 Penuh Adat Istiadat

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Pahlawan 2015 di beberapa negeri hari ini, diadakan dengan penuh adat istiadat kepahlawanan bagi memperingati jasa pasukan keselamatan yang berjuang dan berkorban demi kemakmuran negara.

Di ibu negara, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menyaksikan istiadat sambutan yang diadakan di Dataran Merdeka.

Sebaik tiba, Seri Paduka Baginda memeriksa kawalan kehormat utama terdiri daripada anggota Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Herdi Ismail dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia diiringi tembakan meriam sebanyak 21 das oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.

Seramai 531 orang terlibat dalam perbarisan yang terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Upacara dimulakan dengan tiupan ‘Paluan Akhir‘ dengan Jalur Gemilang diturunkan sebagai simbolik untuk mengenang mereka yang telah terkorban demi mempertahankan nusa dan bangsa.

Hadirin kemudian disajikan dengan deklamasi sajak bertajuk ‘Pahlawan’ oleh DSP Rose Baini Kassim dan ASP Mohamed Mahat, ciptaan Mejar Bersara Mohamed Awang yang memuji semangat juang tentera dan pesara polis terdahulu yang terkorban dan masih hidup dalam mempertahankan negara.

Persembahan pentomen mengenai serangan Balai Polis Kuala Krau, Pahang pada 26 Jun 1948 menyentuh perasaan penonton sebaik adegan isteri kepada ‘mata-mata’ (polis), Mohd. Yusoff Mohamad iaitu Mahani Konel yang sarat mengandung terkorban kerana membantu suaminya mempertahankan balai itu daripada serangan komunis, dimainkan.

FW409488_KL09_310715_PAHLAWAN-lpr

Turut dipersembahkan ialah kisah ASP Mohd. Zabri Abdul Hamid dari Platun 69 Komando yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir menentang komunis di Sungai Siput, Perak dalam Ops Bamboo 2 pada tahun 1975.

Acara kemudiannnya diteruskan dengan tiupan ‘Paluan Fajar‘ iaitu Jalur gemilang dinaikkan sebagai tanda memberi semangat kepada anggota tentera dan polis yang masih hidup untuk terus mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

Seterusnya, ‘Daulat Tuanku’ dilaungkan sebanyak tiga kali sebagai simbolik bukti taat setia anggota pasukan keselamatan dan rakyat di bawah naungan baginda.

Tarikh 31 Julai ditetapkan sebagai Hari Pahlawan pada setiap tahun sempena hari perisytiharan tamatnya zaman darurat pada 1960 dan ia pertama kali diadakan pada 4 Ogos 1968.

Istiadat tahun ini merupakan sambutan kali kelima berlangsung di Dataran Merdeka selepas berpindah dari Tugu Negara pada tahun 2010. Tahun lepas sambutan itu diadakan di Kem Perdana Sungai Besi. – BERNAMA

Tags: pahlawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wira-Wira Melayu Dalam Kenangan: Satu Memoir

09/05/2017
0

TIAP kisah perjuangan pasti ada ikhtibar. Apa lagi kisah mengenai kemerdekaan. Sejarah kita tidak bermula pada detik Union Jack diturunkan,...

Jenazah Wira Negara Selamat Dikebumi Di Tanah Perkuburan RAMD

12/02/2016
0

PORT DICKSON - Jenazah wira negara, Kapten Datuk (B) Hamid Awang, 68, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Rejimen Askar Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd