Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Mufti WP Tersentuh Sikap...

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji...

KWP Nilai 3 Aspek...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) sentiasa memastikan dan menilai tiga aspek...

Buruh Binaan Peluk Budak...

SELAYANG - Seorang buruh binaan warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, di...

Geng Fahmy Tumpas

Kuala Berang : Komplot tiga sekeluarga yang aktif dalam jenayah pecah rumah sejak...

Risau Papa Kedana Lepas Raya? Anda Patut Amalkan Tips Ini!

APABILA menjelangnya hari raya, pasti ramai yang berkeinginan untuk tampil serba baru. Biasalah, dalam hemat semua, hari mulia itu muncul hanya setahun sekali, jadi apa salahnya kalau berbelanja lebih.

Namun, tanpa perancangan yang teliti, pastinya kewangan akan menjadi tidak stabil selepas hari raya.

Apatah lagi tahun ini, gaji bagi penjawat awam mahupun sesetengah syarikat swasta telah dilepaskan awal iaitu pada 9 Julai. Makanya, untuk menunggu gaji seterusnya masuk ke dalam akaun, ia akan mengambil jarak selama 56 hari!

BACA : 56 Hari Tanpa Gaji, Julai – Ogos Jadi Detik Terperit Penjawat Awam

61436320520_950x600

Untuk mengelakkan diri anda dari merana menunggu poket kembali terisi dengan gaji, artikel ini harus dijadikan rujukan untuk berbelanja secara berhemah.

Kami senaraikan empat tips paling mudah untuk anda ikuti agar kewangan anda tetap stabil selepas raya.

Pertama, anda harus berbelanja mengikut kemampuan iaitu dengan merancang bajet dan sentiasa beringat situasi kewangan anda. Tanam dalam kepala, jangan sekali-kali ‘lebih nafsu dari mampu’!

Kalau ikut kebiasannya, masyarakat sering menggunakan alasan hari raya untuk berbelanja besar tapi apa yang harus mereka fikirkan adalah ‘ukur baju di badan sendiri’.

Kedua, letak keutamaan dalam setiap perbelanjaan anda. Jangan sewenang-wenangnnya mengeluarkan duit untuk semua yang diingini. Anda perlu tahu membezakan keperluan atau kehendak.


Sebagai contoh, takkan setiap tahun perlu bertukar langsir mahupun perabot baru? Sudah tentulah tidak. Begitu juga dengan perhiasan, alat solek dan gajet.

Ketiga, sediakan segala keperluan raya di awal waktu dan elakkan pembelian saat akhir kerana ini boleh membawa kepada over budget. Siapa kata beli pada saat-saat akhir itu boleh menjimatkan wang? Tak!

Keempat, jangan lupa untuk membuat simpanan. Yelah, walaupun nak raya, simpanan tetap kena simpan (minimum 10% dari gaji). Mana lah tahu tiba-tiba ada kecemasan, sekurang-kurangnya anda sudah bersedia.

Secara mudahnya, setiap manusia harus tanamkan kesedaran dalam diri bahawa hari raya sebenarnya mendidik kita untuk berjimat dan besederhana. Itu yang Islam anjurkan, bukannya melaburkan duit pada perkara-perkara yang tidak berfaeah.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Iklan Raya Paling Best 2015

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori