• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Tak Hidang Babi, Tapi Jamu Cicak Kepada Pelanggan

oleh Ahmad Albab
04/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CUBA bayangkan, apa akan anda lakukan apabila sedang enak menggaul hidangan mi bersama kuah, tiba-tiba muncul seekor cicak yang sudah sebati di dalamnya bersama rencah yang lain?

Pastinya ia saat yang paling jijik dan menggelikan, apatah lagi menyedari anda telahpun menjamah hidangan tersebut.

Itu situasi yang dilaporkan berlaku kepada sepasang suami isteri yang datang ke sebuah restoran untuk menjamu selera.

Kalau ikutkan slogan yang terpampang di kedainya, ia bebas daripada hidangan babi. Tapi, jangan cepat berprasangka baik kerana kes ini menunjukkan pekerjanya tidak mengamalkan tata etika kerja yang baik apabila cuai ketika memasak!

Menjijikkan! Kilang Kotor Asam Jawa Ditutup Serta Merta

11146185_10152866106796302_6117372025554691752_n 11700853_10152866106901302_5232168781012865288_n

Menerusi satu status laman sosial milik seorang pengguna, Xtremenic Lwk, dia menasihati pengguna agar tidak mengunjungi sebuah restoran di Kota Damansara.

Kongsinya tentang pengalaman tersebut, “Tolong jangan menjamu selera di kedai ini lagi. Saya baru menjamah separuh mangkuk mi sup daging dengan cicak di dalamnya. Saya memberitahu pengurusnya dan dia terus mengangkat mangkuk tersebut dan tidak bercakap sepatahpun. Dia tinggalkan kami lima minit di situ tanpa memberitahu adakah kami patut muntah atau tunggu di situ untuk ganti rugi. Tapi saya mengambil keputusan untuk keluar dari kedai itu dan memastikan lelaki itu tidak bekerja di situ lagi.”

Andai dakwaan yang dibuat lelaki itu benar, maka tindakannya menegakkan hak sebagai pengguna harus dipuji supaya ia menjadi contoh buat pelanggan yang lain.

Sebagai pengurus, individu tersebut sepatutnya bertanggungjawab menguruskan situasi berkenaan dengan bijak. Sudah semestinya ucapan maaf harus didahulukan sebelum rundingan lain dibuat.

Buat pelanggan, lain kali anda juga harus berhati-hati ketika menjamah makanan yang dihidangkan. Selain dari memilih tempat yang bersih, apalah salahnya kalau anda rajin-rajinkan diri menyelak sedikit hidangan yang dihidangkan, manalah tahu terselit apa-apa yang tak patut di dalamnya, kan? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Kejam! Restoran Bersihkan Sotong Untuk Hidangan Sashimi Dalam Keadaan Masih Hidup

https://www.youtube.com/watch?v=KPghfD1lWIU

Tags: babiCICAKjijikkotorrestoran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ATM Terima Sumbangan Raya RM1.82 Juta

Next Post

2 Polis Didakwa Minta Suapan RM200 Daripada Pemandu Lori

Related Posts

Insiden Pokok Tumbang Berulang Di Sekitar Ibu Negara

Premis Makanan Kotor Diarah Tutup Serta-merta

25/05/2024
1

HULU SELANGOR: Sebuah premis makanan di Hulu Bernam, di sini diarah tutup serta-merta selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor, semalam....

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

Next Post

2 Polis Didakwa Minta Suapan RM200 Daripada Pemandu Lori

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd