• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja 14 Tahun & 2 Beradik Ditahan Disyaki Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
30/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun adalah antara tiga suspek ditahan polis kerana disyaki menjadi pengedar dadah, di sebuah rumah di Cherang Ruku, Semarak di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Abdul Rozak Muhammad berkata polis turut menemui 850 biji pil kuda (methamphetamine) dan 9.7 gram syabu di situ.

Menurutnya, dalam serbuan pukul 2.30 petang Selasa itu, polis juga merampas sepucuk pistol tiruan, sebilah kerambit, sebuah kereta dan wang tunai RM1,610.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki berusia 19 tahun dan dua perempuan masing-masing berumur 14 dan 23 tahun.

“Suspek lelaki dan perempuan berusia 23 tahun itu adalah adik-beradik,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini, hari
ini.

Katanya kedua beradik itu ditahan reman selama tujuh hari manakala remaja berumur 14 tahun itu direman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata siasatan mendapati ketiga-tiga suspek itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan dipercayai baharu melibatkan diri dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Pasir Puteh. – BERNAMA

Tags: kes dadahremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd