• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rapid Penang Siasat Insiden Bas Rempuh Kedai

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang, memulakan siasatan dalamannya terhadap kejadian sebuah bas merempuh sebuah rumah kedai di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini.

Ketua pegawai operasi Rapid Penang Mejar (B) Mohd Shukri Abdul Rahman berkata syarikat itu juga akan beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Pada pukul 9.15 malam Sabtu, pemandu bas berkenaan tidak dapat mengawal kenderaan itu dan menyebabkannya merempuh sebuah rumah kedai serta mencederakan tiga penumpang.

“Kami sedang memberi bantuan yang diperlukan kepada penumpang yang cedera.

Ketiga-tiga mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dirawat, dan seorang dimasukkan ke wad. Bagaimanapun, penumpang itu dijangka dibenar keluar lewat hari ini,” kata Shukri dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Rapid Penang juga melakukan pemeriksaan segera terhadap pemandu bas berkenaan, Sahibul Fadhlan, yang telah berkhidmat dengan syarikat itu selama lima tahun dan berpengalaman memandu bas selama 12 tahun.

“Dia juga mempunyai prestasi kerja dan rekod memandu yang baik,” katanya sambil menambah bahawa bas terbabit telah dihantar ke depo syarikat itu. – BERNAMA

Tags: Pulau Pinangrapid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd