• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Farah Terkilan Dituduh Cerai Kerana Gagal Beri Zuriat

oleh AK-47
09/07/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAYANGKAN hati wanita mana yang tidak sedih apabila ada pihak tertentu menunding jari menganggap ketiadaan anak menjadi punca rumah tangga yang dibina tidak mampu bertahan lama.

Itulah perasan yang dialami oleh pelakon dan pengacara Raja Farah apabila penceraiannya bersama bekas suami, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria setelah lima tahun mendirikan rumah tangga mengundang pelbagai komen negatif daripada para peminat.

0

“Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak. Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah.

“Namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi,” ujar Raja Farah.

Pada masa yang sama, Raja Farah memberitahu masalah rumah tangga mereka timbul pada tahun ketiga perkahwinan apabila masing-masing mengambil keputusan untuk tinggal berjauhan selain tidak menolak berkahwin muda dan kurang matang menjadi punca masalah.

Sementara itu, Raja Farah akui  lima tahun dalam hubungan rumah tangga memberikan dia banyak pengajaran yang berguna untuk kehidupan akan datang.

“Banyak perkara yang saya belajar tentang lelaki dan kualiti seorang lelaki untuk dijadikan suami. Saya masih muda dan tidak menolak untuk kembali berumah tangga semula selain mahukan cahaya mata sendiri,” tambahnya lagi.

Raja Farah Raja Aziz, 27,  bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, dalam prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 25 Mei 2015. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=nYnE4mIugu8

Oleh: FARAH

Sumber: mStar Online

Tags: artis ceraiRaja Farah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nazim Othman Akui Lepaskan Bella 2 Mei Lalu

27/05/2018
0

KERUNTUHAN mahligai bahagia pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally turut mengudang rasa sedih dan simpati daripada para peminat mereka....

Nazim Othman, Bella Dally Bercerai

17/05/2018
0

KURANG dari dua tahun usia perkahwinan pasangan pelakon terkenal, Nazim Othman dan Bella Dally difahamkan kini sudah berakhir. Berita mengejutkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd