• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program ‘Rice & Roses’ Bukan Sekadar Beri Makanan Percuma

oleh Ahmad Albab
07/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Berkonsepkan aktiviti dapur jalanan, program ‘Rice & Roses Pulau Pinang’ membuat sedikit kelainan dengan menggabungkan aktiviti pemberian makanan dan pendidikan percuma kepada golongan memerlukan.

Koordinatornya, Mohd Bukhari Mohd Noor berkata program yang dijalankan pada setiap Sabtu di Lebuh Acheh itu turut diisi dengan sembang santai.

Program yang dulunya dikenali sebagai ‘Food Not Bombs’ itu menggunakan konsep ‘kenduri’ iaitu golongan seperti gelandangan, fakir miskin, kutu rayau, dan sebagainya dikumpulkan pada satu tempat untuk makan bersama.

“Aktiviti memberi makanan percuma ini banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang buat. Tapi apa yang membezakan kami ialah kami bukan hanya memfokuskan kepada pemberian makanan percuma.

“Masalah golongan berkenaan bukan soal makanan sahaja tetapi turut menyentuh masalah jiwa, tak ada hala tuju…soal rohani yang tak terurus,” katanya.

Mohd Bukhari menjelaskan sebab itu nama ‘Rice & Roses’ dipilih kerana ‘rice’ atau beras melambangkan makanan asasi atau barangan fizikal manakala ‘roses’ (ros) pula merujuk kepada perasaan cinta dan kasih sayang atau perkara berkaitan kejiwaan.

“Maksudnya perlu ada keseimbangan antara jasad, fizikal dan perkara berkaitan kerohanian. Itulah pendekatan kami,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Lebuh Acheh dipilih sebagai lokasi program kelolaan Pertubuhan Masyarakat Madani Malaysia (MIM Bersaudara) itu kerana mempunyai banyak sejarah mengenai peradaban Islam dan masyarakat Melayu di negeri ini.

Beliau berkata konsep ‘kenduri’ yang diketengahkan itu memberi peluang kepada sukarelawan mendekatkan diri dengan golongan berkenaan dan menjadi ruang berkongsi pandangan serta mengadu masalah yang dihadapi.

Mohd Bukhari turut menjelaskan bahawa sepanjang Ramadan ini pihaknya mengambil pendekatan berbeza dengan membungkus dan mengedarkan makanan kepada golongan yang memerlukan berikutan faktor masa yang agak terhad.

Disediakan secara gotong-royong di rumahnya di Bukit Mertajam sebelum dibawa ke Lebuh Acheh, makanan itu biasanya merangkumi nasi berserta lauk-pauk, kuih atau bihun goreng untuk kira-kira 400 orang, mengikut dana yang diperoleh.

Beliau berkata dana diperoleh daripada sumbangan individu dan NGO manakala program itu turut disertai sukarelawan merangkumi penuntut universiti, penduduk tempatan dan aktivis. – BERNAMA

Tags: makanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Jurukamera Dirompak Ketika Bersiaran Langsung

Next Post

Syukur Masih Ada Pemimpin Pembangkang Yang Waras..

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun 2050

25/04/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star...

Next Post

Syukur Masih Ada Pemimpin Pembangkang Yang Waras..

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd