• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PR1MA Sasar 250,000 Unit Lulus Menjelang Akhir Tahun

oleh Ahmad Albab
13/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyasarkan 250,000 unit rumah mampu milik diluluskan oleh lembaga pengarahnya menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata lembaga pengarah sudah meluluskan 153,000 unit di 10 lokasi di seluruh negara, kecuali Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kami sudah pun menerima 1,016,000 permohonan untuk rumah PR1MA setakat ini, dan permintaan sangat menggalakkan,” katanya kepada Bernama pada sesi pengundian bagi projek PR1MA@Cyberjaya 1 di sini hari ini.

Sesi pengundian itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah yang juga anggota lembaga pengarah PR1MA.

Perumahan PR1MA disasarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dengan purata pendapatan isi rumah antara RM2,500 dan RM10,000, berusia lebih 21 tahun dan belum memiliki lebih daripada satu hartanah individu atau keluarga.

Unit terbabit dijual antara RM100,000 dan RM400,000.

Mengulas dakwaan bahawa perumahan PR1MA semakin mahal, sehingga RM400,000, yang tidak mampu dibeli, Abdul Mutalib berkata dakwaan itu tidak benar.

“Setakat ini perumahan kami tidak melebihi RM400,000, dan kebanyakan projek menawarkan harga antara RM250,000 dan RM300,000 seunit dan hanya ada beberapa unit berharga lebih RM350,000,” katanya.

Beliau berkata dasar membenarkan pembeli kali kedua membeli kediaman PR1MA bersama pembeli kali pertama, namun kelebihan diberikan kepada pembeli kali pertama.

Ini bertujuan memberi peluang kepada mereka yang sudah memiliki rumah sebelum PR1MA ditubuhkan, yang jauh dari tempat kerja, untuk memiliki kediaman di lokasi yang ideal, katanya.

Namun katanya nisbah peruntukan kepada pembeli kali pertama adalah lebih tinggi iaitu 9:1 mengikut lokasi dan mungkin 7:3 di tempat lain.

Bagaimanapun katanya 90 peratus pemohon masih belum memiliki rumah.

Mengenai pengundian projek PR1MA@Cyberjaya melibatkan 325 pangsapuri, syarikat itu menerima permohonan 16 kali lebih bersar berbanding unit yang ditawarkan,

Pemohon yang berjaya dijadual memilih unit masing-masing pada minggu ketiga Ogos.

Abdul Mutalib berkata pada 2015, 6,240 unit kediaman menerusi lapan projek, akan diundi.

Beliau berkata maklumat mengenai pengundian hari ini dimuat naik dalam akaun Facebook syarikat itu, dengan pemohon dimaklumkan menerusi e-mel sebelum proses terbabit.

Ia merupakan inovasi yang boleh mengurangkan masa pemprosesan pengundian, katanya. – BERNAMA

Tags: PR1MA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Wanita Terbunuh, 2 Parah Letupan Bom Di Selatan Thailand

Next Post

Pas Bercerai DAP: Mungkinkah Pilihan Raya Negeri Selangor?

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

Next Post

Pas Bercerai DAP: Mungkinkah Pilihan Raya Negeri Selangor?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd