• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Individu Terlibat Aktiviti IS

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga tempatan yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan militan IS di Syria dan merancang melancarkan serangan di beberapa sasaran penting di Lembah Klang ditahan dalam dua operasi berasingan sekitar Kuala Lumpur pada 2 dan 7 Julai lepas.

Operasi oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman itu turut merampas buku-buku mengenai jihad dan fahaman Salafi Jihadi serta resit-resit pembelian barang-barang taktikal pertempuran.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek pertama berusia 28 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur yang ditangkap pada 2 Julai dikesan mempunyai hubungan dengan beberapa warga Eropah yang merupakan anggota kanan kumpulan IS di Syria.

“Sejak pertengahan 2014, dua anggota kanan kumpulan pengganas IS warga Eropah itu telah memberi arahan kepada suspek agar melancarkan serangan ke atas kepentingan barat di Kuala Lumpur dan tempat-tempat hiburan sekitar Lembah Klang.

“Suspek yang mula terdedah dengan ideologi kumpulan militan IS sejak 2012 juga mempunyai hubungan rapat dengan Ahmad Affendi Manaf, rakyat Malaysia yang terbunuh selepas melancarkan serangan bunuh diri di Homs, Syria pada 9 Nov 2014,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Khalid berkata suspek kedua berusia 31 tahun, juga berasal dari Kuala Lumpur, yang ditangkap pada 7 Julai pernah menganggotai kumpulan pengganas di Syria antara awal 2014 sehingga Ogos 2014 sebelum kembali ke Malaysia kerana tercedera dalam satu pertempuran di Syria.

“Kedua-dua suspek telah mengadakan beberapa pertemuan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sejak penghujung 2014 bagi membincangkan perancangan untuk melancarkan serangan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata tangkapan terbaru yang melibatkan suspek warga tempatan yang merancang untuk melancarkan serangan selepas berkomunikasi dengan anggota kanan IS di Syria merupakan trend terbaru yang amat membimbangkan.

“Ini selari dengan modus operandi serangan terbaru oleh individu-individu yang sama ada bersimpati, terpengaruh dengan ideologi pengganas atau menerima arahan bagi anggota kanan IS di Syria bagi melancarkan serangan di negara masing-masing seperti serangan di Tunisia, Perancis dan Kuwait pada penghujung bulan lepas,” katanya.

Khalid berkata kedua-dua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – BERNAMA

Tags: Militanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd