Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Maut Dipanah...

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri maut dipercayai dipanah petir di taman permainan...

‘Masin Mulut’! Blogger China...

Kini, seorang blogger menjadi tumpuan netizen apabila telahannya bahawa pesawat AirAsia bakal hilang...

KEMASKINI: Kes Pasangan Separuh...

EH, apa kes pasangan ini sampai nak berjalan separuh bogel di tengah-tengah bandar...

Vaksin Khas Untuk Omicron...

BANDAR RAYA NEW YORK – Satu vaksin Covid-19 yang dicipta khas untuk menangani...

Polis Buru 4 Suspek Samun Kedai Emas Di Terminal 1

SEREMBAN – Empat lelaki melarikan barang kemas dalam satu kejadian samun di sebuah kedai emas di Terminal 1, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira 11.44 pagi itu, dua daripada suspek bersenjatakan pistol, manakala dua lagi bersenjatakan tukul sewaktu melakukan rompakan.

“Mereka memakai topi keledar, berpakaian hitam serta berjaket dan bersarung tangan. Satu das tembakan telah dilepaskan oleh seorang daripada suspek.

Bagaimanapun, tiada mangsa yang mengalami kecederaan,” katanya di sini.

Katanya suspek dipercayai melarikan empat dulang emas setelah memecahkan bekas kaca pameran.

Katanya kejadian berlaku begitu pantas dan sejurus melakukan rompakan, semua suspek melarikan diri menggunakan motosikal.


“Ketika kejadian terdapat lima kakitangan dan tiada pelanggan. Kedai emas ini telah lama beroperasi dan ini kali pertama disamun. Kedai emas ini juga tidak ada pengawal keselamatan khusus kerana pusat membeli-belah itu memang ada anggota keselamatan,” katanya.

Muhamad Zaki berkata buat masa ini, nilai kerugian belum dapat ditafsirkan dan gerakan memburu giat dijalankan.

Katanya tindakan serta-merta Ops Tutup dan Op Kesan dilaksanakan dengan menggunaka semua elemen yang aktif semasa ini dengan dibantu ‘task force’ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan. – BERNAMA

https://youtu.be/MqvWqUcD6eI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori