• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Presiden India

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat bekas presiden India Dr APJ Abdul Kalam yang meninggal dunia semalam.

“Pemergiannya adalah satu kehilangan kepada masyarakat saintifik,” kata Najib menerusi catatan terbaharu dalam Twitter beliau.

Dr Kalam meninggal dunia pada dunia 84 tahun selepas rebah ketika menyampaikan syarahan di Shillong, Meghalaya, India pada kira-kira 9 malam (11.25 malam waktu Malaysia).

Laporan awal oleh media tempatan India menyatakan Dr Kalam mengalami serangan jantung.

Bekas presiden itu rebah semasa menyampaikan syarahan di Indian Institute of Management di Shillong pada kira-kira 6.30 petang (9 malam waktu Malaysia) dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia dua setengah jam kemudian.

Sebaik sahaja berita tentang kematiannya diumumkan, kalangan ahli politik dan ahli akademik menzahirkan penghargaan terhadap jasanya terutama dalam bidang pendidikan teknologi nuklear dan sains.

Anak kelahiran Rameswaram, Tamil Nadu itu merupakan presiden ke-11 India dari 2002 hingga 2007.

Dr Kalam juga dikenali sebagai ‘missile man of India’ dengan wawasan menjadikan India sebagai negara kuasa besar pada 2020.

Beliau banyak menyumbang ke arah usaha pembangunan wanita dan kanak-kanak dengan menggalakkan pendidikan dan celik huruf dalam kalangan penduduk miskin tegar. – BERNAMA

Tags: IndiaNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd