• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Sudah Jumpa Agong – Rombakan Kabinet Dah Pasti

oleh AK-47
29/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual akan membuat rombakan Kabinet dalam tempoh masa terdekat.

Mynewshub difahamkan, beliau sudah pun mengadap Yang Dipertuan Agong di Istana Negara semalam.

“Bila dan siapa, senarai itu semua ada pada PM, saya tak boleh nak beritahu apa-apa,” kata sumber ketika dihubungi di Kuala Lumpur pagi ini.

Terdahulu, Mynewshub menerima panggilan daripada wakil sebuah kedutaan yang bertanyakan sama ada rombakan akan dibuat pada hari ini.

Sebelum ini, Mynewshub pernah melaporkan Najib akan melakukan rombakan selepas hari raya.

Untuk mengukuhkan keyakinan rakyat kepada kepimpinannya beberapa Menteri yang dianggap sebagai ‘beban’ perlu digugurkan segera dan diganti dengan mereka yang lebih fresh dan energetik. Ini termasuk menukar portfolio beberapa menteri yang suka ‘playsafe’.

Antara yang mungkin akan digugurkan ialah Datuk Hassan Malik, Nazri Tan Seri Aziz, Tengku Adnan Mansor dan Shahidan Kassim.

Beberapa orang Menteri pula akan ditukar portfolio mereka seperti Khairy Jamaludin yang dianggap prestasinya sebagai Menteri Belia dan Sukan agak kurang menyerlah.

Kegagalan negara dalam berbagai bidang sukan sejak beliau menjadi Menteri menjadi puncanya. Kejayaan kontijen negara di sukan SEA di Singapura baru-baru ini dilihat bukan kejayaan beliau. Khairy juga dilihat gagal dalam program pembangunan belia negara.

Shafie Afdal turut akan bertukar portfolio. Komen komen beliau mengenai isu 1MDB dan pertelagahan beliau dengan Ketua Menteri Sabah menjadikan beliau bukan lagi Menteri yang sealiran dengan Najib.

Isu pembelian hartanah oleh MARA Incorporation di Australia yang menjadi senjata baru kepada pembangkang, menjadikan kedudukan beliau semakin panas. Usaha beliau menjemput Najib merasmikan Persidangan Tahunan Perwakilanan UMNO Bahagian Semporna Ogos nanti tidak akan menyelamatkan kedudukan beliau apatah lagi sebagai Naib Presiden.

Datuk Ahmad Maslan juga mungkin bertukar portfolio. Beliau menjadi tidak popular kerana sering membuat kenyataan yang mendahului kabinet dan Menteri yang bertanggungjawab terutamanya dalam isu GST.

Antara beberapa nama yang dijangka naik pangkat ialah Datuk Razali Ibrahim. Kalau Datuk Azizah Mohd Dun tidak naik pangkat mungkin Najib akan melantik seorang wanita muda menjadi Senator untuk menyertai kabinet beliau.

Di samping itu beberapa tenaga muda baru telah disenaraikan dan berpotensi untuk dibawa masuk seperti Datuk Anuar (Sekijang), Datuk Nawawi (Langkawi), Datuk Ikmal Hisham (Kelantan) dan Datuk Irmohizam (Selangor). Turut tersenarai ialah beberapa senator seperti Datuk Salim Sharif (Negeri Sembilan) dan Datuk Asyraf Wajidi (Kelantan).

mynewshub.cc

Rombakan kabinet akan menjadikan Najib lebih ‘In Command’ bagi menghadapi PRU ke 14. Ini juga akan mematikan sebarang usaha untuk melemahkan kepimpinan beliau dari dalam. Keberanian Najib mencabar mana mana anggota kabinet supaya meletak jawatan jika tidak lagi dapat bersama dengan beliau dalam menangani isu 1MDB membawa impak besar. Suara suara sumbang sudah tidak kedengaran. Bahkan pendirian majoriti Ketua Bahagian UMNO supaya pemilihan parti 2016 ditangguhkan mematikan sebarang usaha untuk menentang kepimpinan beliau. Difahamkan survey pendirian Ketua Bahagian itu dibuat melalui kumpulan Telegram mereka.

Sejak pihak pengurusan 1MDB lebih terbuka menjawab satu demi satu dakwaan Tun Mahathir kononnya wujud kepincangan dalam 1MDB, tekanan supaya Najib meletak jawatan semakin kendur. Bahkan langkah rasionalisasi 1MDB seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan 2 dapat menangkis dakwaan bahawa 1MDB adalah syarikat pelaburan kerajaan yang gagal.

Ternyata pihak yang memburuk-burukkan 1MDB sebagai senjata untuk menjatuhkan Najib banyak menggunakan maklumat daripada Sarawak Post. Penangkapan Xavier Andre Justo bekas Eksekutif Petrosaudi oleh Pihak Polis Thailand mengukuhkan lagi kredibiliti Najib dan 1MDB.

Xavier Justo telah dipecat oleh Petrosaudi iaitu rakan kongsi 1MDB. Beliau banyak memberikan maklumat palsu kepada Sarawak Report yang beroperasi di London untuk tujuan memeras ugut bekas majikannya. Laporan Sarawak Report inilah yang menjadi sumber rujukan kepada Tony Pua dan yang lain lain untuk menyerang Najib dan Kerajaan.

Satu lagi isu ialah, apakah akan ada Menteri Besar yang akan diganti sebelum PRU ke 14? Tunggu dan lihat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kabinetRombakan Kabinet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan...

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd