• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Mahu MAIWP Sedia Guru Akademik Di Sekolah Tahfiz Persendirian

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperluaskan fungsi bantuan sedia ada dengan menyediakan guru akademik kepada sekolah-sekolah tahfiz persendirian di Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata sekolah berkenaan perlu dibantu kerana difahamkan masalah kewangan merupakan antara sebab pusat pengajian agama itu tidak dapat menyediakan guru untuk pembelajaran akademik.

Katanya beliau telah berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Pengerusi MAIWP agar MAIWP membantu menyediakan guru akademik bagi membolehkan pelajar-pelajar tahfiz turut diajar ilmu lain selain ilmu agama.

“Saya kata elok MAIWP sediakan guru-guru akademik untuk sekolah tahfiz sebab budak-budak ini sememangnya pandai.

“Kalau mereka boleh hafal al-Quran mereka juga boleh jadi ahli sains dan profesional lain yang hebat,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal MAIWP di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Najib berkata selain pembinaan akidah dan akhlak dalam kalangan pelajar, pengajaran akademik juga penting kerana ilmu itu juga merupakan antara tonggak dalam membantu membangunkan kekuatan umat Islam.

Perdana menteri berkata dengan penyediaan pelbagai bidang ilmu, pelajar-pelajar tahfiz akan menjadi lebih cemerlang dalam kerjaya sekali gus dapat terus membantu umat Islam yang lain menerusi zakat yang dikeluarkan.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan sumbangan Aidilfitri MAIWP berjumlah RM18.27 juta kepada 53,800 asnaf fakir, miskin dan muallaf di Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: MAIWPNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lagi kakitangan wanita Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur...

MAIWP Terkejut Aduan Keluarga Susah Tapi Tinggal Di Kondo Mewah

MAIWP Terkejut Aduan Keluarga Susah Tapi Tinggal Di Kondo Mewah

01/09/2022
0

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegur tindakan golongan yang berada dalam kesempitan supaya bersikap bijak menyesuaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd