• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Bas Percuma Di Shah Alam, Subang Jaya, Klang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor akan memperluaskan perkhidmatan bas percuma, Bas Selangorku kepada orang ramai di Shah Alam, Subang Jaya dan Klang bermula 1 Julai ini.

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dalam satu kenyataan memberitahu, buat masa ini perkhidmatan itu telah dilaksanakan di Petaling Jaya dan mendapat sambutan mengalakkan.

“Sambutan dan maklum balas daripada perkhidmatan yang disediakan ini amat menggalakkan terutama oleh golongan pelajar dan warga emas.

“Memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan, kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk memperluaskan konsep penyediaan perkhidmatan bas secara percuma ini ke tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan perkhidmatan bas percuma itu akan beroperasi di tiga PBT tersebut mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh setiap PBT dengan kekerapan perkhidmatan setiap 15 minit.

Jelas kenyataan itu, perkhidmatan itu disediakan kepada setiap genap lapisan masyarakat pada setiap hari secara berjadual bermula pada puku 6 pagi hingga pukul 10 malam.

“Kerajaan Selangor berharap perkhidmatan Bas Selangorku dapat meningkatkan penggunaan pengangkutan awam,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/iPmqSnBCkKc

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd