• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyeludupan: Tentera Thai Sedia Jalin Kerjasama, Kongsi Maklumat

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATUN (Thailand) – Tentera Thailand sedia bekerjasama dan berkongsi maklumat dengan pasukan keselamatan Malaysia untuk membanteras aktiviti haram di sempadan, kata Komander Infantri Kelima Pasukan Khas Thailand, Kolonel Paisan Nhusang.

Menurutnya pasukan itu bertanggungjawab memastikan sempadan Thai dari Wang Kelian ke Padang Besar sepanjang 56 kilometer dan juga sungai, bebas aktiviti penyeludupan dadah, manusia, komoditi serta melintas sempadan dan penerokaan hutan secara haram.

“Kami mengenal pasti dua kawasan di sepanjang sempadan dijadikan laluan oleh penyeludup dadah yang mempunyai rangkaian meluas dan komoditi selain jalan laut antara Tamalang dan Kuala Perlis.

“Kerajaan kami menyifatkan Malaysia dan Thailand sebagai adik-beradik dan mahu polisi hubungan baik yang terjalin sekian lama kekal,” kata Paisan dalam taklimat kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Pos Wang Kelian di sini.

Tuanku Syed Faizuddin bersama Raja Puan Muda Perlis Hajah Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan Perlis dan persekutuan melawat pos itu selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Masjid Wang Pracan, dekat sini, petang semalam.

Baginda berkenan menyampaikan kuih raya kepada anggota pos tersebut sebagai tanda ingatan dalam usaha mengukuhkan silaturahim antara Malaysia dan Thailand disaksikan Gabenor Satun Dejrath Simsiri.

Menurut Paisan pasukannya membuat beberapa tangkapan berkaitan penyeludupan dadah, senjata api, komoditi di sempadan Malaysia/Thai dan juga penerokaan hutan secara haram tahun ini.

“Kami sedar kebimbangan Malaysia yang mahu memastikan sempadannya selamat.

“Terbaru isu pemerdagangan manusia terutama etnik Rohingya melalui jalan darat atau laut Andaman.

“Kami berusaha membanteras kemasukan pendatang asing dengan menyekat kemaraan mereka dan menghantar mereka pulang ke negara asal atau jika perlu melibatkan komuniti antarabangsa,” tambahnya.

Paisan yakin hubungan baik Malaysia/Thailand memudahkan urusan kepentingan kedua-dua negara diselesaikan dalam semangat kekeluargaan dan juga ASEAN.

Beliau berkata kemasukan rakyat Malaysia ke Thailand secara tidak sah melalui pintu masuk sah atau jalan tidak sah, tidak membimbangkan.

“Kami mempunyai pengalaman dalam hubungan ini. Oleh kerana itu kami mengambil sikap fleksibel yang dilihat wajar kerana ramai rakyat kedua-dua negara mempunyai hubungan keluarga di samping urusan perniagaan,” kata Paisan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd