GEORGETOWN – Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah motosikal lain di Lebuhraya Thean Teik di sini.
Teh Kooi Seng, 24, mati di tempat kejadian manakala penunggang seorang lagi yang berusia 64 tahun patah kaki kiri.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian pukul 7.20 pagi tadi itu, Teh yang terjatuh ke atas jalan akibat pelanggaran itu, dilanggar pula sebuah kereta. – BERNAMA

