• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Sayur Maut Ditembak Di Selayang

oleh Ahmad Albab
25/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga sayur maut ditembak di hadapan sebuah restoran di Selayang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata dalam kejadian kira-kira 11.40 malam itu, lelaki berumur 57 tahun itu yang berniaga di Pasar Borong Pusat Bandar Utara, Selayang, dilaporkan baru sahaja selesai memunggah barang dari lori.

“Menurut saksi kejadian, mangsa didatangi sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua individu lelaki tidak dikenali sebelum suspek melepaskan dua das tembakan ke arah dada mangsa dan terus melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Munusamy berkata polis menemukan dua butir kelongsong peluru yang digunakan untuk menembak mangsa di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Selayang oleh isterinya sejurus selepas kejadian berlaku.

“Doktor mengesahkan mangsa menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan kira-kira 12.10 tengah malam tadi,” katanya.

Menurut Munusamy, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

“Polis sedang mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – BERNAMA

 

 

Tags: kes tembakpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd