• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Low Yat Jangan Ambil Tindakan Sendiri

oleh AK-47
15/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor menegur tindakan peniaga Low Yat yang bertindak sendiri dalam kes kecurian telefon bimbit yang berlaku di plaza tersebut, Sabtu lalu.

Tengku Adnan berkata peniaga terbabit seharusnya menghubungi pihak berkuasa bagi mengatasi situasi tersebut.

Dalam pada itu, Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan juga melahirkan perasaan kecewanya dengan sikap budak lelaki yang dipercayai mencuri telefon di kedai itu yang bertindak memanggil kawan-kawannya kembali ke kedai tersebut untuk membalas dendam.

“Kalau yang curi ke atau yang beri barang tipu ke, pemilik kedai tidak boleh ambil tindakan sendiri walaupun lelaki itu cuba menipu dia.

“Dia patut hubungi pihak keselamatan, pihak polis untuk kawal keadaan. Sama juga kepada budak lelaki itu. Kenapa bawa kawan datang untuk balas dendam?

“Tidak ada persefahaman di antara kita. Ini sangat teruk kepada negara. Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku,” katanya memetik Rakyat Post.

Sementara itu, Ku Nan turut meminta pihak media agar tidak memainkan isu yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia selain menganggu gugat keamanan negara.

Suspek Songlap Telefon Bimbit Di Low Yat Akan Didakwa Hari Ini

Lelaki yang dipercayai mencuri telefon bimbit di kompleks jualan produk elektronik itu akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Suspek akan dibicarakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Plaza Low Yat Sepi, Lengang Daripada Kunjungan Orang Ramai

https://www.youtube.com/watch?v=i6si8K8hExI

Tags: Jenayahkecurianlow yat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1,668 Pengguna Telekomunikasi Kuala Pilah Terjejas, ‘Radio Transport System’ Kena Curi

1,668 Pengguna Telekomunikasi Kuala Pilah Terjejas, ‘Radio Transport System’ Kena Curi

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 1,668 pengguna perkhidmatan telekomunikasi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan terjejas berikutan aktiviti vandalisme dan kecurian ke...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd