• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengunjung Pub Mati Ditetak Digelang Patah

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pengunjung pub mati ditetak manakala rakannya berjaya menyelamatkan diri selepas diserang tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian di Gelang Patah, Nusajaya, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira 2 pagi ketika mangsa – Liew Poh Heng, 22, dan rakannya berusia 21 tahun hendak menaiki motosikal pulang ke rumah selepas minum di sebuah pub berdekatan bersama tiga lagi rakan mereka.

Menurutnya, semasa mangsa baru sahaja beredar, sebuah kereta Proton Waja berwarna kelabu telah meluru ke arah mereka, sebelum tiga suspek keluar dan menyerang kedua-duanya menggunakan parang.

“Si mati telah ditetak beberapa kali, manakala rakannya berjaya melarikan diri. Si mati yang cedera di kepala, tangan kiri dan kaki telah disahkan meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Noor Hashim berkata berdasarkan semakan, kereta yang diguna suspek dan ditinggalkan di tempat kejadian selepas menyerang kedua-dua mangsa, didapati dicuri di kawasan Taman Nusajaya Emas.

Polis kini masih menyiasat motif kejadian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: ditetakMATI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd