• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Kutuk Kumpulan Melayu Serang Low Yat

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti pembangkang menganggap kumpulan Melayu yang menyerang Plaza Low Yat di sini kelmarin sebagai golongan yang tidak bertanggungjawab.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, kumpulan terbabit sebenarnya pihak yang cuba menangguk di air keruh disebabkan isu-isu semasa.

“Penipuan dalam transaksi, salah laku dalam perniagaan, hatta kecurian sekali pun dilakukan oleh sang pelaku yang tidak mengira agama dan etnik.

“Mengaitkan insiden tersebut dengan sentimen perkauman adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Shamsul Iskandar dalam pada itu menuduh kumpulan Melayu terbabit sebenarnya cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu 1MBD, bukan mahu mendapatkan keadilan untuk rakan mereka yang dipukul di Law Yat seperti didakwa.

Beliau turut menyalahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam keganasan tersebut.

Dakwanya. KPNDKK sepatutnya lebih proaktif memantau dan mengekang transaksi melibatkan peniaga yang culas.

Kelmarin, kira-kira 500 orang Melayu berkumpul di hadapan Plaza Low Yat bagi membalas dendam perbuatan peniaga di situ membelasah rakan mereka.

Kumpulan itu seterusnya bertindak ganas dengan merosakkan harta benda dan memukul beberapa individu di kawasan sekitar.

Setakat ini, polis telah menahan 19 individu yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: low yat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jaga PerantiSiswa, Jangan Jual Di Low Yat’

‘Jaga PerantiSiswa, Jangan Jual Di Low Yat’

03/09/2022
0

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa agar menjaga sebaiknya tablet...

Curi Telefon Di Low Yat: Shahrul Anuar Diperintah Bela Diri

18/03/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan penganggur Shahrul Anuar Abdul Aziz membela diri terhadap pertuduhan mencuri telefon bimbit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd