• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Berani Ke Pembangkang Nafi Jumpa Justo?

oleh Ahmad Albab
21/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERIKUTAN pembongkaran besar tentang dua pemimpin pembangkang dari PKR dan DAP iaitu Rafizi Ramli dan Tony Pua yang didakwa bertemu dengan bekas pengarah PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo serta terbabit dalam memalsukan dokumen berkaitan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh bekas pekerja Sarawak Report, Leste Melanyi, mereka kini dicabar untuk menafikan tuduhan tersebut.

Tuntutan berkenaan dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam satu kenyataannya dua hari lalu.

TERDAHULU: Inilah Video Eksklusif Pengakuan Pemfitnah PM Isu 1MDB

ShaberyCheek_1

Memetik laporan dari portal Ahli Parlimen Barisan Nasional, BNBBC, Ahmad Shabery berkata, seandainya Ahli Parlimen Pandan dan Ali Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak bertindak menafikan tuduhan itu, ia sekaligus menunjukkan kepada rakyat bahawa tuduhan tersebut benar.

Sebelum ini, pihak polis Thailand mengesahkan bahawa Justo telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin penting dari pihak pembangkang serta bertindak menjual maklumat sulit PetroSaudi kepada mereka.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Polis Thailand, Pol Lt Gen Prawut Thavorsiri memaklumkan bahawa Justo mengakui perkara demikian dan perjumpaan tersebut telah diadakan di Singapura.

30263063-03_big

Sementara itu, Ahmad Shabery turut berkata, sekiranya dakwaan dari bekas pekerja Sarawak Report itu benar, maka ia menunjukkan wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendedahkan dakwaan Melanyi tentang bekas majikannya, Claire Brown yang memalsukan bukti bagi menyokong tuduhan palsu terhadap 1MDB.

Dalam rakaman video itu, Melanyi turut mengakui pernah Sarawak Report pernah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan tentang eksploitasi isu berkenaan 1MDB.

Selain Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut senada apabila berkata, pihak pembangkang perlu segera membuktikan bahawa tuduhan tersebut tidak benar.

rafizi_ramli_1MDB_191114_TMIAFIF_003

Nampaknya, setelah beberapa siri hentaman terhadap kepimpinan Najib berkaitan 1MDB dan PetroSaudi, ramai pihak semakin membuka mata bahawa tuduhan tersebut tak lebih daripada bermotifkan politik dan semata-mata untuk memburukkan Putrajaya.

Lebih teruk, tuduhan tersebut melibatkan pemimpin dari pembangkang yang kononnya ingin memerangi korupsi dalam pemerintahan Malaysia, namun tegar membeli dokumen palsu dan sebagainya demi melunaskan cita-cita mereka.

Sekaligus, andai ia benar, terang-teranglah situasi itu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat yang hanya tinggal nama kerana berantakkan antara satu sama lain, berada pada takah paling terdesak untuk menjatuhkan kepimpinan PM.

Kesian, walaupun sudah ‘nyawa-nyawa ikan’ tapi intuisi nak membusukkan kerajaan tetap menjadi agenda utama…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan bekas Pengarah PetroSaudi, Justo Mengaku Jumpa Pembangkang 

https://www.youtube.com/watch?v=MxG2bgV0ZBw

Tags: 1MDBPetroSaudiRafizi RamliTony PuaXavier Andre Justo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Luar Biasa, Sambung Tangan Yang Putus Pada Kaki

Next Post

Sederet 8 Rumah Kedai Di Kampung Chuah Musnah Terbakar

Related Posts

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

19/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan seolah-olah bersedia berundur daripada barisan Kabinet dan...

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Next Post

Sederet 8 Rumah Kedai Di Kampung Chuah Musnah Terbakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd