• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Sebut Nenek Rasis: Guan Eng Kena Bayar RM1/2 Juta

oleh
06/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan merana! Itulah bidalan yang tepat bagi menggambarkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng gara-gara ‘mulut laser’ tidak kena tempat.

Ibarat terlajak perahu, boleh ditarik, tetapi terlajak cakap, buruk padahnya, walaupun pemimpin DAP itu meminta maaf atas panggilan ‘nenek’, namun sikap beliau enggan tarik balik perkataan ‘rasis’ akhirnya mengundang padah.

Pada Jumaat iaitu penghulu segala hari bagi umat Islam, Guan Eng diarahkah mahkamah untuk membayar RM500,000 kepada Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid.

Ia sebagai ganti rugi susulan kenyataan biadap Guan Eng yang tergamak menggelar ADUN BN Teluk Air Tawar itu sebagai nenek rasis dalam satu sidang media di luar persidangan DUN di sini pada 10 Disember 2013 lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan yang membuat keputusan itu turut mengarahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak RM40,000 berserta kadar faedah sebanyak lima peratus.

Selain itu, Nordin mengarahkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP belum disahkan jawatannya, menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan injunksi menahannya daripada mengulangi kata-kata fitnah.

Jahara sebelum ini memfailkan saman ke atas Guan Eng apabila menyelar Jahara cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Ia ekoran banyak tindakan dua pihak berkuasa tempatan negeri itu amat jelas diskriminasi tanpa pernah tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga Cina yang terang-terang melanggar peraturan dan menjejaskan aliran lalu lintas.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran ‘nenek’, namun beliau tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis kononnya hanya berjuang untuk kepentingan peniaga Melayu.

Dalam saman fitnah itu, Jahara turut memohon perintah injunksi untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Bagi kes itu, Jahara diwakili peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos. Ini merupakan kes pertama Guan Eng kalah dalam saman dikemukakan lawan politiknya yang lantang memperjuangkan nasib Melayu negeri tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BNLim Guan EngPulau Pinangrasis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TH Tanggung Kos Tambang Haji 40 Jemaah Daif Dan OKU

Next Post

Kes Kematian Akibat Demam Denggi Di Pahang Meningkat

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post

Kes Kematian Akibat Demam Denggi Di Pahang Meningkat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd