• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Noda: 17 GRO Warga Vietnam Ditahan

oleh Ahmad Albab
13/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 17 GRO warga Vietnam ditahan sepasukan polis dari Kontinjen Kuala Lumpur dalam Ops Noda, di sebuah pusat hiburan di Jalan 9, Taman Bukit Cheras, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, operasi kira-kira jam 1 pagi mendapati kesemua wanita berusia lingkungan 19 hingga 30-an itu sedang berhibur sambil melayan pelanggan.

Menurutnya, mereka yang menyedari kehadiran polis bagaimanapun cuba melarikan diri.

“Namun, dengan tindakan pantas kita berjaya menghalang cubaan mereka dari meloloskan diri.

“Selain itu, dalam keadaan muzik yang agak kuat, pemeriksaan lanjut dijalankan dan mendapati premis tersebut mempunyai lesen perniagaan yang sah,” katanya.
Tambahnya, seramai 21 lelaki warga tempatan turut diperiksa.

Zainuddin berkata, ujian saringan air kencing juga dijalankan dan mendapati enam lelaki yang merupakan pelanggan serta tujuh GRO tersebut didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Cheras untuk tindakan lanjut. – Sinar Harian Online

Tags: pelacuranwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd