• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Abduh Selar Jaja Nama Nik Aziz Restu GHB

oleh
23/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyelar tindakan sesetengah bekas pimpinan Pas yang  menyertai Gerakan Harapan Baharu (GHB) menggunakan nama Allahyarham bapanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anak kepada bekas Mursyidul Am Pas itu yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas berkata, tindakan itu seolah-olah menipu diri sendiri dan sudah pasti perbuatan mereka boleh disedari oleh ahli-ahli Pas yang lain.

“Ahli Pas tahu mereka (GHB) sedang bercakap bohong bagi meraih sokongan untuk tubuh parti baru, jumpalah Tuan Guru di lubang kubur nanti,” katanya yang dipetik portal AgendaDaily daripada sebuah akhbar tempatan.

Nik Abduh berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam satu majlis pada Ahad lalu yang mendakwa perjuangan GHB adalah selari dengan perjuangan Nik Abdul Aziz.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, walaupun Allahyarham sentiasa menyokong penuh pakatan pembangkang tetapi beliau tidak pernah menggadaikan prinsip.

“Pada saya tidak wajar guna nama tokoh yang meninggal dunia untuk sokong pendirian kita apatah lagi untuk hancurkan parti sendiri,” katanya yang pernah menjadi Setiausaha Akhbar Nik Abdul Aziz dari 2010 hingga 2013.

Dalam nada sindiran kepada kumpulan G18 itu, Ahmad berkata, sikap berprinsip dan tidak mudah putus asa adalah tunjang kepada perjuangan Nik Abdul Aziz seperti mana isu pelaksanaan undang-undang hudud.

Pada 19 Julai lalu, Husam mendakwa kononnya penubuhan GHB oleh bekas pemimpin utama Pas yang tewas teruk ketika muktamar parti itu baru-baru ini adalah selari dengan pegangan bekas Mursyidul Am Pas tersebut.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz sebelum ini berharap agar agenda Islah bernegara dan berkerajaan diteruskan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib diganti secara total dengan pasukan baharu.

“Pasukan baharu itu haruslah mempunyai komitmen tinggi, idealisme murni, cita-cita politik luhur dan azam bagi membawa perubahan serta rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Sekalipun saya pemimpin kecil Pas, saya lihat ‘telur’ GHB ini perlu disantuni untuk bawa kebaikan perjuangan bersama yang kita tekuni sekian lama, kecuali kuasa yang dulu dianggap taghut sudah diharap menjadi kawan,” katanya. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: Gerakan Harapan BaruGHBhusam musaNik AbduhNik Abdul Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

06/09/2023
0

Bekas ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri...

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

30/07/2023
0

IPOH : Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau bertanding di kawasan majoriti Melayu dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd