• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nenek Rupa-Rupanya Pembunuh Bersiri

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RUSIA – Jika dilihat kepada rupanya, nenek ini kelihatan seperti orang tua biasa tetapi siapa sangka dia merupakan pembunuh bersiri.

Tatiana Samsonova, 67, mengaku telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dengan mayat mereka telah dikerat dan dipotong di bandar St Petersburg.

Pengakuan itu ditulis oleh Tatiana di dalam diari dengan pembunuhan berkenaan diakui dilakukannya sejak dua dekad lalu. Dia akan memotong kepala mangsa dan mengerat mayat mereka.

Rahsia bekas pekerja hotel itu terbongkar selepas mayat seorang lelaki berusia 79 tahun yang dijaganya ditemui.

Polis kini meneliti semula kes-kes yang belum diselesaikan sejak 20 tahun lalu.

Turut ditemui di rumahnya ialah kad perniagaan seorang lelaki yang mana mayatnya yang dikerat ditemui di jalan yang sama, 12 tahun lalu. Dalam diarinya, Tatiana turut menulis mengenai tatu lelaki tersebut.

Salah seorang lagi mangsa dipercayai suaminya, dilaporkan hilang pada 2005. Suaminya itu bagaimanapun tidak pernah ditemui sama ada hidup atau mati.

Selepas ditangkap, Tatiana memberitahu polis bahawa dia merupakan bekas aktres dan pernah mempelajari balet. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Rcbpx9vtlHs

Tags: kes bunuhnenek
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd