Saturday, October 12, 2024

Creating liberating content

Cerita Konon PM Kerjasama...

BONGKAR... Bagi jenis 'kaki putar' konon adanya kerjasama antara BN dan PAS untuk...

Bayi Lelaki Usia 6...

TUMPAT - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang juga anak kepada artis...

Bersih 2.0 Minta Tujuh...

KUALA LUMPUR - Bersih 2.0 meminta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad segera...

Kanada Enggan Ambil Balik...

TORONTO - Kanada menegaskan ia tidak merancang untuk mengambil balik sisa sampah plastik...

Nenek 99 Tahun Dikatakan Hamil Oleh Pihak Hospital

PORTSMOUTH – Seorang wanita menerima surat dari sebuah hospital, memaklumkan dia hamil.

Bagaimanapun, Doris Ayling yakin hospital berkenaan melakukan kesilapan memandangkan dia sudah berusia hampir 100 tahun.

Doris berkata, dia terkejut membaca surat berkenaan yang isi kandungannya antara lain meminta dia membawa sampel air kencing untuk menjalani pemeriksaan lanjut mengenai kehamilannya.

Lebih mengejutkan, tarikh lahir yang tercatat dalam surat berkenaan tepat dengan tarikh lahirnya.

Tiga anaknya, semuanya sudah bersara juga terperanjat apabila ditunjukkan surat berkenaan.

Seperti Doris, mereka juga tidak yakin akan memperoleh adik baru.


Apabila dimaklumkan mengenai surat berkenaan, pihak pengurusan Hospital Portsmouth memohon maaf kepada Doris dan keluarganya dan berkata, ia berpunca daripada ‘kesilapan pengurusan.’

Doris yang menetap di Bognor Regis memberitahu wartawan: “Saya yakin 100 peratus saya tidak hamil. Saya mempunyai tiga anak dan 20 cucu dan sudah tidak hamil sejak 70 tahun lalu.”

Anaknya Brian berkata: “Kesilapan itu amat melucukan.” – Agensi

https://youtu.be/OEqLFfLkkhs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori