• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasi Briyani Seri Perdana Jadi Tumpuan Rumah Terbuka PM

oleh Ahmad Albab
17/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – ‘Nasi Briyani Seri Perdana’ mendapat sambutan hangat pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri tahun ini.

Ia merupakan antara puluhan juadah yang dihidangkan kepada ribuan orang tetamu di Seri Perdana di sini iaitu kediaman rasmi perdana menteri.

Kelihatan orang ramai beratur panjang untuk menikmati masakan istimewa yang disediakan pengusaha Kuzie Katering, Pak Engku atau nama sebenarnya Raja Rosli Raja Mazlan.

Turut dihidangkan ialah sate, kebab ayam, laksa, soto, nasi himpit, lemang, ketupat, mee goreng mamak, roti john, buah-buahan dan lain-lain lagi.

“Pihak kami menyediakan 120,000 ketul ayam untuk Nasi Briyani Seri Perdana, 300,000 cucuk sate, 50,000 keping roti john dan 50,000 keping kebab,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata 200 tukang masak mulai memasak pelbagai juadah sejak semalam.

“Kami mahu memastikan masakan adalah segar untuk pengunjung,” kata Pak Engku dan menambah 500 pelayan disediakan untuk melayan tetamu.

Di Laman Sari, didapati khemah besar yang didirikan khas penuh sesak dengan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Seorang daripadanya Rohaiza Sulaiman, 40, berkata rumah terbuka ini merupakan peluang terbaik untuk orang ramai menikmati pelbagai juadah.

“Saya sentiasa menunggu untuk menghadiri rumah terbuka perdana menteri dan menteri kabinet yang lain. Suasana di sini macam karnival.

“Semua orang tanpa mengira kaum dan agama akan sentiasa tersenyum sambil mengucapkan Selamat Hari Raya antara satu sama lain,” katanya.

Bagi Muhammad Azlan Jantan yang turut membawa isterinya yang berkerusi roda berkata beliau sudah enam kali hadir ke rumah terbuka perdana menteri kerana beranggapan adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai rakyat untuk mengunjungi perdana menteri pada majlis seperti ini.

“Kami menyanjung perdana menteri yang bekerja kuat untuk mengekal perpaduan dan keamanan negara ini,” katanya.

Pelancong asing turut kelihatan mengunjungi rumah terbuka ini dengan ada yang sanggup beratur bersama rakyat Malaysia seawal 6 pagi.

Steeve Dupre dari Perancis yang pertama kali mengunjungi rumah terbuka perdana menteri begitu teruja menjadi antara orang pertama dapat berjabat tangan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya sentiasa sukakan beliau dan dapat bertemu muka dengan beliau dan dapat berjabat tangan dengan beliau merupakan impian yang menjadi nyata,” katanya.

Peter Mehlr dari Denmark pula menyifatkan sambutan Hari Raya sebagai menggambarkan kebersamaan dan perpaduan rakyat Malaysia.

“Saya dapati semua orang bergembira dan seronok bersama rakan dan anggota keluarga, walaupun di tengah-tengah cuaca panas. Bagi saya cara rakyat Malaysia menyambut Hari Raya adalah unik,” katanya. – BERNAMA

Tags: AidilfitriNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd